Barcelona Tangguh Sementara Impian Dapatkan Kembali Neymar

Sebarang perjanjian untuk membawa kembali Neymar dari Paris Saint-Germain (PSG) ke Barcelona harus ditangguhkan buat masa ini, ujar Timbalan Presiden Barcelona, Jorge Cardoner.

Neymar dilaporkan sangat terdesak untuk meninggalkan PSG selepas dua tahun menyertai kelab Ligue 1 itu – perpindahan yang melibatkan nilai rekod dunia €222 juta dari Barca.

Kelab Catalan itu adalah pilihan utama untuk kembali mendapatkan khidmat penyerang Brazil berumur 27 tahun itu pada musim panas ini.

Perjanjian secara pinjaman turut dikatakan antara pilihan untuk ianya direalisasikan – demi mengelak penjualan pemain utama milik kelab untuk menjana sumber kewangan.

Ketika memperkenalkan Junior Firpo sebagai pemain terbaru menyertai Barcelona, Presiden Josep Maria Bartomeu berkata usaha Barcelona untuk terus membawa masuk pemain sehinga jendela perpindahan ditutu pada 2 Setember akan berterusan.

Namun Cardoner berpendapat sebarang usaha melibatkan Neymar adalah mustahil buat masa ini, melainka terdapat perubahan drastik dari segi persetujuan diantara pemain (Neymar) dan PSG dapat dicapai.

“Setakat hari ini, tidak ada perkhabaran mengenai Neymar seperti yang dikatakan oleh Presiden, dan ia situasi yang sangat sukar,” ujar Cardoner kepada TV3.

“Kami adalah watak yang pasif. Kami tahu beliau [Neymar] tidak gembira di Paris, dan ia adalah situasi yang perlu diselesaikan di Paris.

“Kami belum bercakap kepada mereka. Terdapat nilai hormat yang tinggi di antara dua kelab. Jika ada perkembangan melibatkan Neymar, kami akan memulakan perbicaraan.

“Tetapi buat masa ini, ia bukan satu kemungkinan.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram