Barcelona Sebenarnya Boleh Aktifkan Klausa Pelepasan Untuk Dapatkan Lautaro Martinez

Barcelona dilaporkan berminat dengan bintang yang sedang meningkat naik, Lautaro Martinez.

Namun Inter Milan menegaskan mereka tidak risau dengan minat Barcelona dan yakin pemain itu akan terus kekal di Inter Milan.

Beberapa hari lalu, Pengarah Sukan Barcelona, Eric Abidal memuji kualiti yang ada pada Lautaro Martinez.

Abidal berkata: “Harus diakui, ya! dia pemain yang sangat bagus. Rasanya beliau sudah menunjukkan prestasi cemerlang di peringkat tertinggi. Beliau adalah pemain yang kami kenal dan merupakan pemain yang memiliki banyak kualiti.”

“Saya jenis yang transparent dengan para pemain dan saya sudah memberitahu Luis [Suarez] bahawa kami sedang memburu penyerang yang baharu. Luis menerimanya kerana beliau mahukan yang terbaik untuk pasukan ini.”

Barcelona turut menghantar pemantau bakat mereka untuk memantau perkembangan Martinez ketika di Inter Milan dan juga Argentina.

Pemain berusia 22 tahun itu juga merupakan salah seorang pemain yang sangat rapat dengan Lionel Messi ketika di kem kebangsaan.

Corriere Dello Sport (CDS) kemudian tampil dengan pembongkaran bahawa sebenarnya kontrak Luataro Martinez sebenarnya ada terselit klausa pelepasan €111 juta.

Namun klausa pelepasan itu dianggap agak mengelirukan.

CDS kemudian menjelaskan bahawa, klausa pelepasan itu hanya aktif pada 15 hari pertama pada bulan Julai di dalam tempoh kontrak beliau.

Martinez ada kontrak dengan Inter Milan sehingga 2023. Inter Milan menyatakan mereka enggan menjual pemain itu dengan sebarang harga.

Barcelona dikatakan baru tahu tentang perkara itu selepas Julai lalu. Jika tidak, Barcelona boleh menggunakan klausa pelepasan pemain itu untuk mendapatkan Lautaro Martinez secara tetap.

Namun adakah anda rasa Lautaro Martinez bernilai €111 juta pada pasaran semasa?

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply