Barcelona Minta Tolong Bank, Buat ‘Overlap’ Tutup Hutang Dan Pinjam RM2.9 Billion

Situasi di Barcelona semakin meruncing sehingga memaksa kelab Catalan itu memohon pinjaman dari syarikat kewangan sebanyak €595 juta (RM2.9 billion) untuk meringankan situasi kewangan yang ada.

Permohonan yang perjanjian yang dipersetujui bersama Goldman Sachs itu akan dibayar sepanjang tempoh 10 tahun berikutnya dengan nilai faedah 1.98%.

Ia sekurang-kurang membenarkan Barcelona memiliki ruang untuk bernafas, dan pada masa yang sama merancang kembali kaedah dan pelan untuk bangkit kembali.

Barcelona bagaimanapun hanya akan menerima €455 juta daripada nilai tersebut, dengan bakinya sebanyak €140 dipersetujui untuk membayar pinjaman lama yang hanya dilakukan pada Mei lalu.

Bantuan pinjaman ini juga akan membenarkan Barcelona merekodkan lebihan hutang sebanyak €70 juta pada masa depan sekiranya ada lagi isu berbangkit selepas ini.

Pinjaman tersebut akan membenarkan Barcelona memenuhi semua syarat sedia ada, sekaligus membenarkan pengurusan baharu kelab merancang pelan strategik untuk membangunkan kembali kelab.

Sebahagian daripada jumlah pinjaman tersebut turut akan dilaburkan kepada Espai Barca – projek pembangunan baharu Nou Camp dan sekitarnya yang akan menjadikan kawasan tersebut sebuah bandar sukan moden.

Presiden Barcelona, Joan Laporta sebelum ini telah mendedahkan Barcelona kini mempunyai hutang terkumpul sebangak €1.35 billion.

Kedudukan kewangan kelab La Liga itu sudah pun memberi impak buruk, apabila terpaksa melepaskan Lionel Messi ke PSG.

Kelab itu juga terpakasa memotong gaji beberapa pemain utama untuk membenarkan mereka mendaftarkan pemain baharu pada musim ini.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply