‘Barcelona Masih Mampu Kejar’ – Amaran Vidal Pada Real Madrid

Kerjasama Semuanya BOLA

Vidal Barca Real Madrid

Pemain tengah Barcelona, Arturo Vidal percaya pasukannya masih lagi berpeluang untuk mempertahankan kejuaraan La Liga selepas merakamkan kemenangan tipis 1-0 ke tas Real Valladolid pada Sabtu.

Ketika saingan liga digantung pada bulan Mac, skuad La Blaugrana itu mendahului Real Madrid dengan kelebihan dua mata.

Namun selepas mencatat tiga keputusan seri sejak liga bersambung bermula bulan lepas, pasukan itu telah dipintas musuh tradisi mereka selepas Real Madrid menang dalam lapan perlawanan berturut-turut.

Kedua-dua pasukan kini dipisahkan dengan satu mata, tetapi Real Madrid mempunyai satu perlawanan dalam tangan dan berpeluang untuk terus menjarakkan kedudukan dengan kelebihan empat mata apabila berdepan Granada pada Isnin ini.

Bercakap dalam sidang media selepas perlawanan, Vidal memberi amaran kepada pendahulu liga itu bahawa Barca tidak akan terlalu mudah menyerah kalah dalam perlumbaan merebut kejuaraan liga musim ini.

“Kami tahu ianya agak tipis. Tetapi kami masih berpeluang jika menang dalam baki perlawanan selepas ini. Jadi ia bukan hanya bergntung kepada kami. Kami akan terus buat yang terbaik dan lihat keputusan pasukan lain.”

Barcelona hanya tinggal dua perlawanan sahaja untuk menamatkan kempen musim ini – bertemu Osasuna di tempat sendiri pada Khamis dan berdepan Alaves di tempat lawan pada Ahad – dan tidak boleh tercicir sebarang mata lagi jika berhasrat mahu mengejar Real Madrid.

Skuad kendalian Quique Setien itu hanya mampu mengumpul 85 mata maksimum, tetapi sekiranya Real menang ke atas Granada, mereka sudah pun meraih 83 mata dan boleh mengesahkan kejuaraan apabila bertemu Villareal.

Pasukan dari wailayah Catalan itu kini semakin tertekan selepas Antoine Griezmann disahkan mengalami kecederaan. Namun gol tunggal Vidal dan kecekapan Marc-Andre ter Stegen memastikan harapan Barcelona terus hidup walaupun samar.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Barcelona:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram