Barcelona Mahu Halau Samuel Umtiti Keluar Dari Kelab

Samuel Umtiti

Pemain pertahanan, Samuel Umtiti kini boleh dikatakan sedang menghitung hari sahaja selepas kelabnya iaitu Barcelona dalam usaha untuk menghalau beliau keluar.

Hal ini kerana, Barcelona mendapati pemain tersebut kini tidak lagi diperlukan dan mereka mahu membuang pemain tersebut.

Barcelona dikatakan sanggup menggunakan apa jua cara termasuklah memecat beliau dengan menamatkan kontrak pemain tersebut.

Apa yang terjadi?

Sebelum ini Barcelona mengatakan yang Umtiti tidak lagi berada dalam perancangan pasukan musim baharu ini.

Namun begitu, Umtiti tidak lagi mengaku kalah sebaliknya beliau meminta diberikan peluang kepada Barcelona untuk mendapatkan tempatnya dalam pasukan.

Ronald Koeman selepas itu bersetuju untuk memberikan peluang kepadanya dengan beraksi dalam dua aksi persahabatan tetapi ianya tidak mencapai standard yang dimahukan.

Umtiti kemudiannya diarahkan oleh Barcelona untuk menerima mana-mana tawaran yang diberikan oleh kelab dari Ligue 1 terhadapnya tetapi pemain itu berdegil dan mahu kekal di Nou Camp.

Kecewa dengan sikap yang ditonjolkan oleh Umtiti, Barcelona membuatkan keputusan hanya ada satu cara saja yang boleh diambil terhadap pemain tersebut.

Tindakan yang dimaksudkan adalah dengan memecat pemain tersebut dengan menamatkan kontraknya.

Apa yang dilakukan oleh Barcelona ini sepertinya sambil menyelam minum air kerana mereka pastinya mahu mengurangkan tanggungan akibat masalah kewangan yang dihadapi.

Tetapi ke mana Umtiti perlu tuju jika beliau hendak disingkirkan? Adakah Arsenal destinasi terbaik kerana kedua-dua kelab dalam proses untuk melakukan sistem barter?

Sama-sama kita nantikan.

Sumber:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply