Barcelona Mahu Cari Pewaris Jersi Nombor 10 Selepas Pemergian Messi

Barcelona

Pasukan Sepanyol, Barcelona tidak merancang untuk menamatkan penggunaan jersi nombor 10 yang cukup ikonik di kelab itu.

Sebelum ini, jersi nombor tersebut begitu ikonik dengan bekas pemain mereka yang juga bintang bola sepak terhandal – Lionel Messi.

Sebelum ini terdapat cakap-cakap yang mahukan Barcelona menamatkan penggunaan nombor tersebut selepas Messi pergi berhijrah ke Paris Saint-Germain.

Namun kini, kelab tersebut mengesahkan mereka akan terus menggunakan nombor tersebut dan akan mencari pewaris kepada jersi itu.

Memetik laporan Sport, Barca dilihat mahu menyasarkan pemain keluaran mereka sendiri sebagai pewaris bagi jersi nombor 10 itu.

Mereka merancang untuk menghadiahkan jersi tersebut kepada pemain yang berasal dari akademi La Masia dan bukannya kepada mana-mana pemain dalam skuad semasa mereka.

Bukan Coutinho

Keputusan untuk memberikan nombor 10 kepada pemain La Masia ini turut menamatkan spekulasi mengenai jersi tersebut akan diberikan kepada seorang pemain dalam skuad mereka.

Sebelum ini, Philippe Coutinho sering disebut-sebut bakal menjadi penyarung jersi tersebut selepas pemergian Messi.

Namun dengan keputusan yang diambil oleh Barca ini membuatkan pemain itu akan terus menyarung jersi yang digunakan beliau.

Barca juga merancang untuk tidak memberi nombor 10 kepada mana-mana pemain musim ini.

Paling cepat ia akan diberikan adalah bermula pada musim hadapan.

Dari situasi ini, penulis berasakan Ansu Fati adalah pemain yang sesuai diberikan mandat untuk mewarisi nombor Messi itu.

Benar beliau sudah berada dalam skuad Barca, tetapi faktor yang dirinya adalah produk La Masia membolehkan pemain itu untuk diberikan penghormatan tersebut.

Sumber:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply