Barcelona Buru Pertahanan Tengah Kos Rendah, Rudiger Jadi Pilihan

Kerjasama Semuanya BOLA

Kelab La Liga, FC Barcelona kini sedang meneroka segala pilihan yang ada dalam misi mereka untuk membawa pemain pertahanan baharu.

Dikhabarkan kini mereka sedang dalam usaha membawa pemain pertahanan tengah yang baharu namun bernilai kos rendah sahaja.

Menurut laporan Football Espana, dengan pemergian Samuel Umtiti kini semakin pasti kerana dijangka pemain itu akan meninggalkan kelab tersebut pada bulan Januari.

Oleh itu, kelab perlu mencari pengganti untuk terus memberikan cabaran kepada Gerard Pique, Clement Lenglet dan juga Ronald Araujo di posisi tersebut.

Beberapa nama disebut-sebut berpotensi untuk diambil oleh Barcelona pada musim sejuk ini dengan pemain Chelsea, Antonio Rudiger menjadi calonnya.

Chelsea dikhabarkan bersedia untuk melepaskan pemain tersebut ke pasukan lain dengan Rudiger sendiri turut berminat untuk ke Nou Camp.

Akan tetapi, belum lagi ada sebarang tawaran diberikan kepada pemain tersebut dan tiada jumlah harga yang dinyatakan untuk bintang Jerman itu.

Selain Rudiger, Barcelona turut berminat untuk membawa Eric Garcia dari Manchester City. Namun urusan untuk mendapatkan pemain itu sedikit sukar.

Hal ini disebabkan urusan untuk mendapatkan pemain itu dilihat tidak begitu lancar buat masa sekarang. Akan tetapi, Barcelona dikhabarkan kerap menghubungi pemain tersebut.

Jika mereka gagal mendapatkan Garcia pada bulan Januari ini, Barcelona perlu menunggu pemain itu tamat kontrak pada penghujung musim ini.

Selain Rudiger dan Garcia, terdapat nama-nama lain yang menjadi sebutan seperti Joel Matip dan Shkodran Mustafi.

Baca juga artikel kami mengenai FC Barcelona:

Tidak Mahu Barcelona, Mauricio Pochettino Idamkan Manchester United

Dani Alves: Barcelona Tak Ada ‘Telur’ Untuk Akui Kesilapan Lepaskan Saya

UCL 2020/21: Barcelona Bergelut Sebelum Tewaskan Dynamo Kiev 2-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply