Barcelona Atasi Real Madrid, Man United Sebagai Pasukan Terkaya

Data Deloitte Football Money League telah pun dikeluarkan. Dalam carta terbaru ini, Barcelona kini menjadi pasukan paling kaya berdasarkan pendapatan yang mereka perolehi.

Ini merupakan kali pertama Barcelona berada di ranking teratas, sejak data itu dikumpulkan oleh Deloitte bermula musim 1996/97.

Real Madrid kini berada di tangga kedua di dalam ranking Deloitte.

Manchester United kekal pasukan paling kaya di England. Namun 2 seteru mereka Manchester City dan Liverpool berjaya merapatkan jurang.

Jika keadaan berterusan, di mana prestasi di atas padang, Manchester United gagal ke UCL musim hadapan, mereka bakal dipintas oleh seteru mereka itu untuk tahun kewangan tahun hadapan.

Hal ini kerana United akan terasa impak pada bayaran penyiaran dan juga bayaran tambahan ekslusif /bonus daripada penaja mereka.

Manchester United menjana pendapatan sekitar £627.1 juta untuk 2018/19. Mereka berada di tangga ketiga secara keseluruhan di belakang Barcelona (£741.1 juta) dan Real Madrid (£667.5 juta).

Seteru paling hampir dengan Manchester United di EPL adalah Manchester City dan Liverpool yang berada di kedudukan keenam dan ketujuh pada ranking global.

Skuad bimbingan Pep Guardiola hanya dibezakan £88.9 juta di belakang Man United.

Liverpool telah berjaya meningkatkan pendapatan mereka dengan mendadak. Prestasi di atas padang banyak membantu mereka. Di mana Liverpool berjaya menjuarai UCL pada musim lalu.

Musim hadapan mereka akan mendapat tajaan daripada Nike yang membolehkan mereka mendapat bayaran asas £30 juta semusim. Dan angka itu boleh meningkat lebih £100 juta berdasarkan polisi kontrak khas Nike dengan Liverpool.

Berikut adalah carta 20 pasukan teratas berdasarkan Deloitte.

1. Barcelona – €840.8 juta (£741.1 juta)

2. Real Madrid – €757.3 juta (£667.5 juta)

3. Manchester United – €711.5 juta (£627.1 juta)

4. Bayern Munich – €660.1 juta (£581.8 juta)

5. Paris Saint Germain – €635.9 juta (£560.5 juta)

6. Manchester City – €610.6 juta (£538.2 juta)

7. Liverpool – €604.7 juta (£533 juta)

8. Tottenham – €521.1 juta (£459.3 juta)

9. Chelsea – €513.1 juta (£452.2 juta)

10. Juventus – €459.7 juta (£405.2m) juta

11. Arsenal – €445.6 juta (£392.7 juta)

12. Borussia Dortmund – €377.1 juta (£332.4 juta)

13. Atletico Madrid – €367.6 juta (£324.0 juta)

14. Inter Milan – €364.6 juta (£321.3 juta)

15. Schalke  – €324.8 juta (£286.3 juta)

16. Roma  – €231.0 juta (£203.6 juta)

17. Lyon – €220.8 juta (£194.6 juta)

18. West Ham – €216.4 juta (£190.7 juta)

19. Everton – €213.0 juta (£187.7 juta)

20. Napoli – €207.4 juta (£182.8 juta)

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram