Balzaretti Kongsi Kisah Ibrahimovic ‘Swing’ Sertai Milan Yang Satu Lagi (Inter)

Federico Balzaretti merupakan antara pemain legenda Juventus yang juga rakan baik Ibrahimovic. Mereka pernah bermain dalam satu pasukan ketika di Juventus.

Namun selepas skandal calciopoli, beberapa bintang Juventus terpaksa dilepaskan ataupun angkat kaki. Ini kerana kelab mereka tidak dapat menampung gaji yang besar.

Ada juga pemain yang tidak mahu bermain di Serie B, pada ketika itu.

Satu kisah menarik dikongsikan oleh Balzaretti berkaitan dengan bekas rakan sepasukan beliau, Zlatan Ibrahimovic.

Balzaretti berkata: “Sebelum menyertai Inter Milan, saya dan Ibrahimovic makan tengah hari bersama-sama dengan pasukan yang lain.”

“Dan beliau berkata kepada kami semua, bahawa beliau akan menyertai Milan dan menandatangani kontrak dengan mereka”

“Ibra berkata di depan semua orang: ‘Selepas habis makan tengah hari ini, saya akan terus gerak ke Milan untuk menandatangani kontrak dengan Milan’. Malam nanti, saya akan datang kembali ke sini untuk mengucapkan selamat tinggal kepada semua orang di sini [Juventus]’.”

Di Itali Milan merujuk kepada AC Milan. Manakala Inter Milan pula disebut Inter. Ketika itu semua rakan-rakannya mengucapkan selamat maju jaya kepada Ibrahimovic yang akan ke AC Milan.

Balzaretti kemudian menyambung ceritanya: “Pada petang itu, kamu pun bertanya apa kesudahannya? Bagaimana perkembangannya?”

Namun apa yang mengejutkan semua, Ibrahimovic telah mengubah haluannya ke Inter Milan, pasukan Milan yang satu lagi, yang merupakan musuh setempat AC Milan.

“Dia menjawab kepada kami semua: “Semuanya baik-baim sahaja. Saya telah menandatangani kontrak dengan Inter.”

Ibrahimovic bermain untuk Inter selama 3 musim. Menjaringkan 57 gol daripada 88 penampilan.

Beliau membantu Inter Milan menggondol Serie A selama 3 musim berturut-turut, serta 2 Copa Italia.

Selepas itu, Ibrahimovic menerima tawaran daripada Barcelona. Ketika di Barcelona beliau tidak begitu menjadi dan kembali semula ke kota Milan. Dan kali ini barulah beliau menyertai Milan (AC Milan), secara pinjaman dan kemudiannya secara tetap.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN