Ballack Menyesal Tinggalkan Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Satu masa dahulu, bekas ketua pasukan Jerman iaitu Michael Ballack pernah mengemudi barisan tengah pasukan Chelsea.

Ballack mungkin bersama dengan Chelsea untuk satu tempoh yang agak lama iaitu empat tahun dari 2006 hingga 2010.

Akan tetapi, selepas beliau pergi pada 2010 dirinya tetap berasa menyesal kerana “meninggalkan Chelsea terlalu awal” hingga kini.

Menurut laman Sky Sports, Ballack mengimbau kembali kisah lamanya itu dengan mengatakan Carlo Ancelotti sebenarnya masih mahukan dirinya kekal di Stamford Bridge.

Ancelotti ketika itu merupakan pengurus Chelsea yang terakhir ketika Ballack di sana pada 2010.

Kata Ballack, punca beliau meninggalkan kelab adalah selepas Chelsea tidak menawarkan kontrak yang dimahukan olehnya.

“Carlo Ancelotti mahukan saya untuk kekal di Chelsea. Tetapi kelab hanya berikan kontrak lanjutan cuma setahun sahaja, saya mahukan dua.”

Keputusan Chelsea itu dibuat disebabkan Ballack sudah berusia 33 tahun pada 2010. Namun, kecederaan yang dialami beliau ketika itu menafikan peluangnya untuk mendapatkan lanjutan kontrak lebih daripada setahun.

Kata Ballack, elok sahaja beliau terima sahaja kontrak satu tahun itu daripada memilih untuk tinggalkan Chelsea.

“Hari ini, saya boleh katakan yang saya salah. Saya patut kekal sahaja di Chelsea walaupun hanya untuk setahun sahaja.”

“Hingga pada hari terakhir [di Chelsea], saya sebenarnya terfikir yang jalan penyelesaian boleh dicari. Saya benar berharap saya akan kekal di Chelsea hingga ke akhirnya.”

Baca juga artikel kami mengenai Michael Ballack: