Bakayoko Akan Menjalani Ujian Kesihatan Di Chelsea Untuk Meterai Perpindahan Bernilai £35 Juta

Chelsea semakin hampir untuk mendapatkan khidmat Tiemoue Bakayoko dari Monaco. The Blues menawarkan £35 juta kepada Monaco untuk pemain tengah tersebut.

Antonio Conte mahu menguatkan bahagian tengah mereka dengan kualiti seperti Bakayoko untuk digandingkan dengan N’golo Kante.

Bakayoko dijangka akan menggantikan Nemanja Matic yang tiada dalam perancangan Conte pada musim hadapan. Matic dilaporkan mahu bergabung semula dengan Jose Mourinho.

Mourinho pada masa yang sama mahukan Matic di Old Trafford untuk digandingkan dengan Paul Pogba. Ini bagi menguatkan lagi bahagian tengah United.

Laporan Daily Mirror mendedahkan Tiemoue Bakayoko sudah pun bersetuju dengan terma peribadi yang ditawarkan oleh Chelsea. Bakayoko dikatakan sudah berada di London untuk pemeriksaan kesihatan.

Gonzalo Higuain (R) and Monaco’s midfielder Tiemoue Bakayoko (L)(Photo by: BORIS HORVAT/AFP/Getty Images)

Bakayoko berkemungkinan besar akan diumumkan kepada umum sebagai pemain baru Chelsea pada Sabtu ini. Hari di mana Chelsea akan melancarkan secara rasmi jersi untuk musim 2017/18.

Bakayoko adalah pemain tengah berusia 22 tahun yang telah menjadi instrumen penting dalam membantu Monaco menjuarai Ligue 1 musim lalu.

Beliau juga cemerlang dalam membantu Monaco mara ke separuh akhir UCL 2016/17. Namun dikecewakan oleh Juventus.

Bakoyoko menjadi antara pemain yang sangat dikehendaki dalam pasaran perpindahan pemain. Dalam usia muda, beliau sudah memiliki banyak minit musim lalu dalam perlawanan kompetitif.

Pemain yang lasak ini merupakan pemain tengah pertahanan. Jadi beliau akan membentuk gandingan dengan Kante sebagai pivot kembar dalam pasukan Conte. Bakayoko juga seorang pemain yang bertenaga.

Data opta menunjukkan pemain ini berjaya melakukan purata 87.3% hantaran tepat pada musim lalu.

Beliau antara pemain yang paling cergas di Eropah musim lalu dengan bermain 47 perlawanan untuk semua pertandingan dengan 3,062 minit dicatatkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN