Bakal Perdana Menteri Britain Ini Ambil Langkah Selamat Jadi Penyokong Semua Kelab London

Mungkin anda sudah sedia maklum bahawa Britain akan mendapat Perdana Menteri baru. Namanya Boris Johnson.

Beliau menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Theresa May. Cabaran akan dihadapinya ialah menyelesaikan kemelut Brexit.

Johnson menewaskan Jeremy Hunt dalam pemilihan dalaman Parti Konservatif. Parti berhaluan kanan itu kini memegang tampuk pentadbiran Britain.

Tipikal

LONDON, ENGLAND – APRIL 20: UEFA President Michel Platini hands over the UEFA Champions League Trophy to the Mayor of London Boris Johnson at the Guildhall on April 20, 2011 in London, England. (Photo by Jamie McDonald/Getty Images)

Sudah menjadi topik perbualan umum, pasukan bola sepak manakah disokong oleh ahli politik di Britain. Ada pasukan dikenali dan ada pasukan yang tidak dikenali.

Berbeza dengan Johnson. Pada 2015, Johnson pernah mengakui secara terbuka menyokong semua kelab yang lokasinya berada di London.

Sokongan itu ada asasnya. Johnson pernah menjawat jawatan Datuk Bandar London dari 2008 ke 2016. Semasa tempoh tersebut, beliau telah membantu kejayaan penganjuran Sukan Olimpik.

Malah, Johnson turut menyumbang tenaga dalam membantu England untuk membida hak penganjuran Piala Dunia 2018. Namun begitu, England tewas dalam pertandingan sengit itu.

Atas pagar

Kita semua tahu, suhu bola sepak di London agak panas. Itulah sebabnya Johnson mengambil sikap atas pagar dan menjaga hubungan baik dengan kelab di ibu kota negara Ratu tersebut.

Walhal, lawannya dalam pemilihan parti, Jeremy Hunt diketahui merupakan penyokong Chelsea. Sahabat baik Johnson, David Cameron pula penyokong Aston Villa.

Anda tidak salah baca, David Cameron merupakan mantan Perdana Menteri Britain.

Johnson ketika perlawanan amal antara England dengan Jerman pada 2006. Sumber: Daily Mirror.

Kira-kira lebih 10 tahun lepas, Johnson pernah beraksi dalam perlawanan amal bola sepak di Reading. Johnson menjatuhkan Maurizio Gaudino pada perlawanan tersebut dengan cara terjahan ala ragbi.

Ketika itu, Johnson mewakili England bagi menentang skuad pilihan Jerman. Jerman mengalahkan England menerusi skor 4-2 pada perlawanan yang diadakan di Stadium Madejski.

Pilihlah satu!

Ada kebarangkalian Johnson memang ada pasukan sokongan sendiri. Lelaki ini pun mengakui bahawa anaknya menjadi penyokong Newcastle United.

Perdana Menteri Britain sebelum ini, Theresa May didakwa oleh sesetengah pihak merupakan penyokong AFC Wimbledon. Boleh dikatakan setiap Perdana Menteri Britain akan ada pasukan sokongan sendiri.

Sebagai contoh, Gordon Brown merupakan penyokong Raith Rovers manakala Tony Blair merupakan peminat Newcastle United.

Adakah tindakan Johnson menyokong semua kelab bola sepak di London mempunyai kaitan dengan strategi politik beliau? Adakah ianya adalah langkah selamat dari Johnson?

Semoga Johnson dapat memilih salah satu daripada berbelas-belas pasukan profesional di kota London!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN