Bakal Adakan Perbincangan, Lee Tuck Mahu Kekal Bersama TFC

Kerjasama Semuanya BOLA

Lee Tuck TFC

Pemain import yang juga merupakan ketua pasukan Terengganu FC (TFC), Lee Tuck mengharapkan agar ada jelmaan sinar positif berhubung jodohnya bersama kelab tersebut bagi menghadapi musim 2021.

Menurut sumber Kosmo!, pemain berusia 32 tahun yang mula menyertai TFC pada tahun 2018 itu tanpa berselindung menegaskan bahawa beliau masih berminat untuk menyumbangkan keringatnya buat pasukan dari pantai timur tersebut.

Meskipun kelancaran saingan musim 2020 diganggu teruk oleh serangan wabak COVID-19 yang turut melanda tanah air, ia bagaimanapun menjadi satu ‘bonus’ buat skuad bimbingan Nafuzi Zain itu apabila layak ke Piala AFC 2021.

Ia berikutan pembatalan saingan Piala Malaysia dan kuota [Asia] tersebut telah diisi TFC berikutan kejayaan menamatkan kempen CIMB Liga Super Malaysia di tangga ketiga.

Kejayaan itu juga sudah pastinya membuatkan Lee Tuck bersemangat untuk terus menyarung jersi TFC buat musim keempat dan turut mengharapkan kelab tersebut menambah kekuatan pasukan bagi bersaing hebat di pentas tersebut.

“Saya masih mahu menabur bakti dengan pasukan ini dan akan berjumpa dengan pengurusan TFC bagi membincangkan kontrak baharu dalam masa terdekat,” ujar Lee Tuck bercakap kepada wakil Kosmo!

“Pintu rundingan masih dibuka dan saya berharap perbin­cangan kedua-dua pihak nanti membuahkan hasil positif.”

“Kami sudah ada pasukan yang mantap tapi untuk bersaing dan melangkah jauh di peringkat Asia, TFC perlu meningkatkan daya saing.

“Pemain muda serta senior yang sudah beberapa tahun bersama pasukan wajar dikekalkan. Cuma perlu tambah beberapa pemain lagi untuk mengukuhkan skuad,” tambah pemain kelahiran England itu lagi.

Kredit featured image: Terengganu Football Club

Baca artikel lain dari kami mengenai Lee Tuck:

Khabar Dari Terengganu FC, Faris Ramli Antara Yang Pergi, Lee Tuck Belum Pasti

Lee Tuck: Pengalaman Berharga Dapat Turut Sama Berpuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram