“Bahasa Inggeris Saya Tidak Cukup Bagus Untuk Sindir Pengadil” – Park Hang-seo

Ketua jurulatih Vietnam Park Hang-seo akhirnya bersuara buat kali pertama mengenai keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang mengenakan hukuman gantung empat perlawanan terhadap dirinya.

Hukuman gantung itu adalah susulan insiden yang berlaku ketika perlawanan akhir Sukan SEA ke-30 yang berlangsung di Manila dalam perlawanan Vietnam Bawah-22 menentang Indonesia Bawah-22.

Ketika perlawanan pemain Vietnam, Nguyen Trong Hoang diterjah kerasn pemain Indonesia, Osvaldo Haay. Tetapi pengadil tidak memberikan sebarang kelebihan kepada pasukan Korea Selatan.

Insiden itu mencetuskan perang mulut di antara pegawai keempat perlawanan, dan kemudiannya dengan pengadil sehingga mengakibatkan Park dilayangkan kad merah.

Namun walaupun Park diarahkan keluar padang, ia tidak menghalang Vietnam untuk merangkul pingat emas untuk acara bola sepak lelaki.

“Saya terima dan akur akan hukuman oleh AFC. Tetapi saya mahu menegaskan saya tidak bertindak menyindir mana-mana pengadil [ketika kejadian].”

“Bahasa Inggeris saya tidak cukup bagus untuk berbuat [melakukan sindiran] sedemikian. Selepas perlawanan, saya memohon maaf kepada mereka,” ujar Park dalam satu surat yang dihantar kepada media di Korea Selatan.

“Saya mendapat kad merah itu selepas memberi reaksi kepada keputusan yang salah [dari pengadil]. Pada ketika itu perlawanan semakin tegang dan pemain boleh mendapat kecederaan.

“Jadi saya hanya meminta pengadil untuk lebih munasabah ketika mengendalikan perlawanan. Saya memohon maaf kepada penyokong kerana sikap yang saya tampilkan di atas padang pada ketika itu.”

Selain daripada gantung empat perlawanan, Park turut didenda sebanyak RM20,000 oleh badan bola sepak Asia itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN