Bagaimana ‘Miss’ Aubameyang Ini Membuatkan Arsenal Kena Bayar £4.5 Juta Kepada Penyokong

Iklan

Arsenal tewas 2-1 pada masa tambahan 30 minit dalam aksi Liga Europa di tangan Olympiakos. Dan kini, Arsenal perlu membayar rebat kepada pemegang pas bermusim mereka. Angka keseluruhan adalah bernilai  £4.5 juta.

Dalam aksi dramatik di Emirates, Pierre Emerick Aubameyang meletakkan Arsenal sebelah kaki ke pusingan seterusnya. Namun pada serangan terakhir, Olympiakos menjaringkan gol kemenangan.

Arsenal masih berpeluang untuk mara, apabila mereka mencipta peluang saat akhir. Malang sekali Pierre Emerick Aubameyang pula yang gagal menyempurnakan ‘sitter’.

Dalam pakej pemegang pas bermusim di Emirates, musim ini para penyokong sudah membayar pakej untuk pertandingan piala.

Jika Arsenal gagal untuk beraksi 7 aksi di pertandingan piala di Emirates, maka para penyokong sudah dijanjikan rebat.

Dan kini, Arsenal hanya bermain maksimum 6 aksi di Emirates. Arsenal sudah tersingkir dalam 2 pertandingan piala yang utama iaitu Europa League dan Piala Carabao.

Arsenal cuma ada Piala FA sahaja di dalam kalendar kempen mereka musim ini. Di mana pasukan Arsenal akan bertemu Portsmouth dalam saingan Piala FA, Isnin ini.

Dan kemenangan ke atas Portsmouth hanya akan memberikan mereka potensi perlawanan keenam di Emirates paa suku akhir. Jika undian memihak kepada Arsenal sebagai tuan rumah.

Jika mereka tersingkir dengan mengejut di Fratton Park, ataupun diundi bermain di tempat lawan pada perlawanan seterusnya, maka Arsenal perlu membayar rebat 2 perlawanan kepada penyokong.

Arsenal merupakan pasukan yang mengenakan tiket yang tinggi di Emirates. Salah satu cara mereka menarik sokongan adalah dengan menawarkan pakej rebat seperti ini.

Purata harga tiket untuk setiap cup competition adalah £50. Buat masa ini, Arsenal ada 46,000 orang pemegang pas bermusim. Angka ini membuatkan Arsenal perlu membayar rebat  £4.5 juta.

Arsenal menawarkan 2 pakej untuk menebus wang itu. Sama ada penyokong nak menebus terus ataupun membawa angka itu ke hadapan untuk membeli tiket bermusim – pada musim akan datang. Ini bermakna amaun itu akan ditolak.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram