Bagaimana Klopp Dan Kejurulatihan Liverpool Membentuk Mohamed Salah Menjadi Penyerang Sayap Prolifik

Jurgen Klopp sebelum ini pernah menyatakan, Mohamed Salah dibeli bukan kerana data jaringan gol beliau tetapi untuk memperbaiki aspek ‘width’ pasukan.

Namun selepas melihat pemain tersebut memiliki kemampuan menjaringkan gol yang baik, pasukan kejurulatihan Liverpool terus mengambil inisiatif membentuk beliau menjadi penyerang sayap prolifik.

Salah telah dibentuk daripada winger kepada prolific winger. Bukan setakat pemain sayap dengan 20 gol, malah beliau adalah pemain di atas paras 30 gol semusim.

Istilah 20 goals attacker biasanya digunakan pengulas bola sepak untuk melabel penyerang berbisa. Klopp pernah menyatakan yang mereka telah membantu membentuk Mohamed Salah menjadi pemain sayap prolifik.

Mohamed Salah ke Liverpool

Awalnya Mohamed Salah dibawa masuk kerana Liverpool memerlukan pemain sayap yang laju. Musim sebelum ini Liverpool ada masalah dengan width apabila melakukan serangan balas. Mereka hanya ada Mane yang menepati ciri-ciri DNA bola sepak gaya Klopp.

Pada perlawanan pra-musim, post mortem Jurgen Klopp agak tegas dengan Mohamed Salah. Klopp kagum dengan tenaga yang ada pada Salah. Tetapi beliau ada menegur Salah yang terlalu banyak berlari. Ada beberapa larian adalah tidak perlu.

“Jika kami tidak hentikan dia, dia akan terus berlari.”

Justeru, Klopp mahu Mohamed Salah mengurangkan kuantiti larian dan fokus kepada kualiti larian. Ini bermakna latihan taktikal akan digandakan untuk Salah.

Kejutan data tambahan

Selepas beberapa bulan, Mohamed Salah mengejutkan pengurusan Klopp.  Bercakap kepada The Guardian, Klopp menyatakan beliau tak sangka yang Salah sebenarnya mampu menjaringkan gol lebih banyak daripada yang mereka jangkakan.

Anda boleh baca artikel ini: Klopp Dedahkan Teknik Jaringan Gol Mohamed Salah Tiada Dalam Data ‘Scouting’

Klopp mencari jawapan kenapa di Roma pemain ini tidak menjaringkan gol sebanyak di Liverpool. Klopp mendapati Di Roma, mereka ada penyerang yang sangat dominan iaitu Edin Dzeko.

“Di Roma, dia (Salah) bermain lebih banyak sebagai pemain sayap (biasa bukan penyerang sayap yang mencetak gol) kerana mereka mempunyai penyerang yang sangat dominan, Dzeko.”

Jadi tiada tekanan sama ada secara peribadi atau daripada arahan taktikal untuk Salah melakukan jaringan. Ianya lebih kepada bonus.

Mohamed Salah hanya memikirkan aspek width, kelajuan dan cuba menjadi pembekal gol dengan memberikan servis kepada ‘target man’.

Dengan sistem Liverpool yang ada pemain seperti Firmino, sudah pastinya tiada isu penyerang no.9 dominan di dalam pasukan.

Dalam bola sepak seseorang pemain perlukan satu tekanan ataupun demand sama ada dari diri sendiri ataupun jurulatih mereka. Itu yang Klopp mulai letakkan pada Salah selepas itu.

Bercakap kepada The Guardian, Klopp memberitahu data jaringan Salah tiada dalam aspek scouting untuk mereka bayar.

Kemudian Klopp melihat aspek fizikal juga sebagai perkara yang mereka tidak sangka ada pada Salah lebih baik daripada apa yang mereka pantau. Pemain ini boleh bersaing dengan pemain-pemain fizikal di EPL.

Dengan nada bersahaja Klopp menyatakan mereka mendapat barang yang banyak bonus daripada apa yang mereka bayar. Anda pasti perasan bagaimana Salah ada kaki dan kekuatan badan yang stabil untuk melindungi bola.

Membentuk pemain sayap prolifik

Pada awal musim banyak juga Mohamed Salah melakukan percubaan gol yang lemah dan ‘ke langit’. Liverpool kemudian menambahkan beban latihan beliau iaitu memperbaiki aspek percubaan gol dari segi teknik dan kualiti.

Jadi, Liverpool telah memulakan projek khas menjadikan Salah sebagai pemain sayap serangan yang prolifik.

“Tiada siapa yang tahu dia boleh bermain sebagai penyerang. Kami belajar langkah demi langkah.”

“Anda perlu belajar sebagai satu pasukan, ‘Di mana dia?’ Kerana dia tidak ada masa untuk mencari anda.”

Setiap minggu beliau semakin semulajadi dan semakin meningkatkan kualiti poaching. Mohamed Salah sendiri seorang yang bekerja keras. Klopp berkata:

“Kami tidak akan berkata, Mo (Salah), hari ini kamu tak perlu berlatih, jumpa anda Sabtu nanti, dan buatlah apa kamu suka. Tak! Beliau tak sukakannya, walaupun pada masa ini beliau di peringkat terbaik karier beliau.”

“Kerana dia tahu, masih banyak perkara yang perlu dipelajari.”

Aspek seperti dribbling & shooting, cut inside dan curler/bending diperbaiki. Mohamed Salah mulai lebih fokus kepada aspek ketepatan berbanding kekuatan dalam sepakan beliau. Jadi, Mohamed Salah bukanlah pemain yang hanya bergantung kepada kelajuan sahaja.

Semua itu bukan dilakukan dalam sekelip mata. Ianya mengambil masa berterusan dan teliti di pusat latihan. Graf kemajuan dicatat setiap hari. Salah berjaya menjadi penggempur utama.

Untuk pemain seperti Salah, ianya boleh dikira sangat memberangsangkan kerana bakat semulajadi ditambah dengan latihan khas.

Ketiadaan no.9 tulen/recognized no.9 ataupun target man ibarat blessing in disguise kepada pembentukan sistem berasaskan penyerang sayap (wing attacker/inverted winger).

Hari ini Salah juga membantu memperbaiki kualiti pemain lain di sekitar beliau.

Sistem

Sistem permainan amat penting. Roberto Firmino dan Mane adalah 2 pemain penting dalam usaha mendapatkan yang terbaik daripada Salah. Sebelum ini Salah dibawa masuk untuk memperbaiki Firmino.

Tetapi selepas apa yang berlaku, Klopp telah mencipta formula baru untuk memperbaiki aspek permainan Salah supaya mendapatkan yang terbaik daripada beliau.

Mane dilatih untuk aspek play making dan beliau adalah pemain paling banyak assist kepada Salah. Firmino memang memiliki corak permainan yang sesuai untuk create space kepada pemain sayap yang menjaringkan gol.

Liverpool’s Senegalese midfielder Sadio Mane (L) celebrates with Liverpool’s Egyptian midfielder Mohamed Salah and Liverpool’s Brazilian midfielder Roberto Firmino (R) after scoring their third goal during the UEFA Champions League round of sixteen first leg football match between FC Porto and Liverpool at the Dragao stadium in Porto, Portugal on February 14, 2018.
Liverpool won the game 5-0. / AFP PHOTO / Francisco LEONG (Photo credit should read FRANCISCO LEONG/AFP/Getty Images)

Aspek permainan Firmino yang berupaya menarik keluar pertahanan lawan serta linking up yang baik membolehkan Salah lebih berupaya untuk menjaringkan gol.


Pada hari ini, trio serangan ini telah menghasilkan gol dan bantuan gol yang sangat banyak di antara mereka.

Apa yang kami dapat rumuskan juga, staf kejurulatihan memainkan peranan penting. Mereka bukan setakat pakai pemain sahaja tetapi mereka membangunkan pemain. Ianya berbentuk 2 hala.

Pemain dapat manfaat daripada pembangunan, dan pasukan mendapat manfaat daripada pemain yang dibangunkan. Daripada perenggan di atas juga, anda dapati yang kejurulatihan Liverpool dan Mohamed Salah digambarkan duduk semeja untuk membincangkan aspek permainan.

Mereka mencari aspek penting untuk mereka bekerjasama. Klopp menyatakan, mereka (coaches) belajar daripada Mohamed Salah dan Mohamed Salah juga belajar daripada mereka.

Untuk membentuk pemain individu yang bagus, anda juga kena sediakan sistem dan pasukan yang baik. Jadi, sesebuah pasukan tidak akan menjadi pasukan ‘one man show’.

Hari ini tak sampai semusim di Anfield beliau sudah ada pundits yang meletakkan rate £150 juta pada pasaran semasa. Dalam sidang media beberapa minggu lalu, Klopp ada tegur Salah ni malas untuk turun bertahan (track back). Jadi, itu tugasan terbaru mereka.

Anda lihat beberapa perlawanan terakhir Mohamed Salah, terutama sekali perlawanan menentang City, anda akan dapati Salah memang melakukan ‘track back.’

Jadi, dalam bola sepak moden, tiada masalah anda tiada no. 9 yang terbaik. Sebab hari ini banyak pasukan menggunakan kaedah lain termasuk inverted winger, wing attacker, false 9 dan pelbagai lagi sistem.

Klopp dan kejurulatihan beliau telah melakukan kerja luar biasa ke atas Mohamed Salah. Dan pada 22 April 2018, Mohamed Salah dianugerahkan PFA Player Of The Year 2017/18.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN