Bagaimana De Bruyne Raih Kontrak £83 Juta Bersama Man City Tanpa Khidmat Ejen

Bagaimana Kevin de Bruyne melakukan rundingan sebelum menandatangani kontrak baharu selama empat tahun untuk kekal bersama Manchester City pada April lalu?

Apakah perkara yang terus meyakinkan De Bruyne untuk kekal bersama City? Bagaimana Man City boleh memberikan pemain yang akan memasuki usia 30 ahun kontrak selama empat tahun? Ia bukan amalan kebiasaan kebanyakkan kelab.

Jawapannya ialah De Bruyne telah melantik sebuah syarikat yang menghasilkan data analisis dikenali sebagai Analytics FC sebagai sebahagian daripada [proses] rundingan untuk kontrak tersebut. Sukar untuk memahaminya?

Siapa Analytic FC?  

Dalam erti kata lain pemain tengah berusia 29 tahun itu tidak perlu menggunakan ejen sepertimana yang biasa dilakukan oleh kebanyakan pemain pada hari ini. Sebaliknya De Bruyne hanya perlu mendengar nasihat daripada syarikat guamannya yang berpengkalan di Brussels, Artfield dan syarikat pengurusan Roc Nation.

Melalui Artfield, De Bruyne mengupah Analytic FC untuk menghasilkan satu laporan analisis mengenai apa yang telah dihasilkan oleh beliau sebelum ini, prestasi semasa, dan kemudian meramalkan prestasi pemain itu pada masa hadapan, serta kepentingan De Bruyne kepada pasukan.

Analisis oleh Analytic FC turut akan melakukan perbandingan gaji De Bruyne dengan pemain-pemain tengah menyerang yang lain dari seluruh dunia. Sebuah artikel dari TGG mendedahkan selama ini De Bruyne dibayar tidak setimpal dengan prestasi yang dipamerkannya di atas padang.

Analytic FC adalah syarikat yang ditubuhkan oleh bekas pencari bakat West Ham yang juga jurulatih pasuka Brentford B. Jeremy Steele pada 2015. Beliau bertanggugjawab mereka TransferLab, sebuah perisian yang menggunakan algorithm untuk menilai ‘nilai sumbangan’ seseorang pemain.

Algorithm yang digunakan menggunakan pelbagai jenis sukatan seperti jangkaan gol (expected goals), dan jangkaan bantuan gol (expected assists), dan kemudiannya menilai kesan kehadiran seseorang pemain di dalam pasukan untuk menjaringan gol atau dibolosi.

Nilai sumbangan ini boleh dikelaskan berdasarkan usia pemain untuk kategori yang sama atau liga berasingan di mana pemain-pemain beraksi.

Penggunaan data lebih meluas

Bercakap kepada David Novo, iaitu seorang wartawan di Portugal, Steele menjelaskan bagaimana mereka menguruskan data dan analisis untuk De Bruyne: “Kami dihubungi oleh mereka yang menguruskan karier Kevin de Bruyne. Mereka sedar akan kewujudan industri data dan mempunyai isu spesifik untuk dianalisis.

“Kevid de Bruyne mahu kami untuk mengkaji setiap aspek sumbangannya kepada pasukan, dan bagaimana Manchester City sendiri bersedia untuk meraih kejayaan pada masa akan datang, berdasarkan usia dan kualiti pemain yang mereka miliki.

“Hasil analisis nampaknya telah meyakinkan beliau adalah aset penting pasukan, dan Man City adalah kelab terbaik untuk beliau meneruskan karier.

“Sudah tentu ada beberapa data peribadi lain yang kami kumpul dan analisis tetapi tidak boleh dibincangkan kepada umum kerana sulit. Hari ini semakin ramai pemain melalui wakil mereka mahu tahu lebih mengenai prestasi mereka dari sumber berlainan terutama data.

“Namun demikian inilah kali pertama ada pemain melantik kami secara terus. Saya mahu percaya ia adalah evolusi baharu di dalam bola sepak.”

Salah seorang saintis data dari kelab Premier League memaklumkan kepada TGG bahawa satu hari nanti pemain-pemain utama akan menggunakan kaedah yang sama untuk rundingan kontrak pada masa depan.

Evolusi baharu bola sepak

Data analisis bukan sahaja mampu membantu pemain memperolehi kontrak dan gaji yang sepadan dengan apa yang ditawarkan di atas padang seperti kes De Bruyne. Ia turut boleh membantu pemain untuk mencari kelab baharu yang sepadan dengan seseorang pemain.

Pada 2016, penyerang Manchester United pada ketika itu, Memphis Depay pernah melantik sebuah syarikat data analisis, dikenali sebagai SciSports.

SciSports yang berpengkalan di Belanda mendedahkan mereka telah mengeluarkan sebuah laporan dikenali sebagai “Transfer Success Report” yang menamakan lima kelab untuk membantu Depay membangkitkan kariernya menggunakan algoritma.

Laporan tersebut mengandungi analisis secara mendalam berdasarkan beberapa faktor, termasuk corak permainan oleh kelab dan pengurus, saingan di posisi kegemaran, dan beberapa perkara penting lain berdasarkan perkara yang dimahukan oleh Memphis Depay sendiri.

Memphis memutuskan untuk menyertai Lyon, dan pemain itu boleh dianggap berjaya sejak menyertai kelab Ligue 1 itu pada Januari 2017.

Rumusan

Rata-rata pemain profesional yang beraksi di pentas tertinggi bola sepak dunia pada hari ini memiliki chef mereka sendiri, jurulatih kecergasan peribadi, dan juga penganilisis taktikal.

Khidmat saintis data mungkin adalah perkara seterusnya di dalam industri ini sebagai pemudah cara mencari haluan atau melakukan rundingan kontrak.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN