Bagaimana Arab Saudi Mengembangkan Platform Saingan Domestik Mereka ?

Ketika Liga Juara-Juara Asia (AFC Champions League) mula dipertandingkan iaitu pada tahun 2003, Arab Saudi mempunyai 2 piala utama domestik. Juara bagi setiap piala dihantar ke pertandingan Liga Juara-Juara Asia bermula tahun 2004.

  • Juara Liga
  • Juara Piala Prince Crown (Kalah mati)

Piala Prince Crown melibatkan hampir kesemua pasukan di 4 lapisan liga iaitu 48 pasukan dalam saingan 7 peringkat.

  • Kelayakan 1
  • Kelayakan 2
  • Kelayakan 3
  • Pusingan 16
  • Suku Akhir
  • Separuh Akhir
  • Akhir

Pada tahun 2002/03, Arab Saudi sudah mempunyai 4 lapisan liga. Divisyen 1-3 dijalankan secara liga, divisyen 4 secara ‘tournament’. Setiap lapisan liga mempunyai 2 slot promosi dan relegasi.

  • Divisyen 1 (12 pasukan)
  • Divisyen 2 (12 pasukan)
  • Divisyen 3 (10 pasukan)

Kemudian pada tahun 2004/05, Divisyen 2 dibesarkan menjadi liga 14 pasukan dari 12 pasukan. Divisyen 1 dan 3 kekal dengan 12 pasukan dan 10 pasukan.

Pada tahun 2006/07, Divisyen 3 dibesarkan menjadi liga 12 pasukan. Divisyen 1 masih kekal dengan 12 pasukan.

Piala The Costodian of the Holy Mosque Cup diperkenalkan pada tahun 2007/08. Piala ini pada akhirnya dinamakan piala King. Melibatkan 8 pasukan teratas di liga utama. Format kalah mati.

Walaupun piala ini hanya melibatkan 3 peringkat iaitu suku akhir, separuh akhir dan akhir ianya sudah cukup untuk Arab Saudi memberi 1 slot untuk Liga Juara Asia bermula 2008/09.

Tiada slot Liga Juara Asia lagi untuk piala Prince Crown walaupun pertandingan ini melibatkan lebih banyak pasukan. Pada tahun 2008/09, Divisyen 3 dibesarkan sekali lagi daripada 12 pasukan menjadi 14 pasukan.

Tahun 2010/11 adalah pembesaran liga dalam skala agak besar dan menyeluruh.

  • Divisyen 1 dibesarkan dari 12 pasukan menjadi 14 pasukan.
  • Divisyen 2 dibesarkan dari 14 pasukan menjadi 16 pasukan.
  • Divisyen 3 dibesarkan dari 14 pasukan menjadi 20 pasukan tetapi dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Arab Saudi menyusun kembali piala Prince Crown dan Piala King pada tahun 2013/14.

  • Piala King dibesarkan dari 8 pasukan menjadi 32 pasukan. Semua pasukan divisyen 1 (14) dan divisyen 2 (16) terlibat. 2 pasukan lagi datang dari saringan kelayakan liga divisyen 3 dan 4. Menjadikan pertandingan ini akan melalui 6-8 peringkat untuk menjuarai.
  • Piala Prince Crown dikecilkan untuk pasukan divisyen 1 dan 2 sahaja. Mengecil dari 48 pasukan menjadi 30 pasukan. 4-5 peringkat untuk menjuarai piala ini.

Sejak dari 2010/11, 3 lapisan liga Arab Saudi tidak diubah kecuali hanya 2 kali iaitu sistem atau jumlah pasukan promosi/relegasi. Sejak dari 2013/14 juga 2 pertandingan piala juga tidak diubah.

Apakah perbezaan di antara Liga Arab Saudi dengan Liga Malaysia dari segi saingan domestik? 

Dalam Liga Arab Saudi, pengiraan asas pasukan yang bercita-cita menjadi juara ‘treble’ perlu bersedia menghadapi 36 perlawanan.
(Malaysia:39 perlawanan).

Pasukan yang mendapat perlawanan minima adalah 28 perlawanan.
(Malaysia:23 perlawanan)

Jika pasukan dari Arab Saudi tadi menjadi juara treble dan dalam masa yang sama menjadi Juara Liga Asia. 51 perlawanan maksima akan dilalui.

Melihat kepada bagaimana saingan domestik di Arab Saudi kita boleh rumuskan mereka tidak pernah mengecilkan liga apabila sudah dibesarkan. Pertandingan Piala tidak dihapuskan, malahan ditambah dan membesarkannya lagi.

Dan yang paling penting jumlah perlawanan minima dan maksima tidak terlalu ketara. Kronologi mereka membesarkan saingan domestik mereka agak tersusun dan berkembang dengan jelas bukan?

Piala FA dan Piala Malaysia digabungkan? Apakah sebab yang kukuh untuk mengatakan ianya baik untuk semua pasukan?

Apa salahnya Piala Malaysia dibesarkan untuk mendapatkan 3 unsur yang baik. Bukan dikecilkan atau digabungkan.

  • Jurang perlawanan minima dan maksima semua pasukan tidak terlalu ketara
  • Untuk pasukan mendapat lebih perlawanan sesuai dengan bil gaji bulanan pemain
  • Untuk semua pemain mendapat angka purata perlawanan yang sesuai semusim

Selagi mana Piala Malaysia itu mendapat 3 tarikan, itulah prestij walaupun tiada nilai Asia seperti Piala Prince Crown.

  • Tarikan pasukan
  • Tarikan penyokong
  • Tarikan media
  • Extra, sejarah yang panjang. Bola Sepak Malaysia lahir darpada Piala Malaysia

Artikel ini adalah kiriman daripada seorang pemerhati bola sepak tempatan, Zuraimi Zukri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN