Badhri Radzi: “Sampai Bila KAFA Nak Kutip Derma?”

Badhri Radzi Kelantan

Bekas ketua pasukan Kelantan, Badhri Radzi mempersoalkan tindakan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) yang melakukan kutipan derma dari pihak awam untuk menyelesaikan kemelut tunggakan gaji mereka.

Menurut laporan Sinar Harian, Badhri yang dianggap sebagai ketua pasukan paling berjaya dalam sejarah moden bola sepak Kelantan mengatakan KAFA lebih bijak dalam menguruskan hal tunggakan gaji ini.

Baru-baru ini, KAFA melancarkan tabung derma untuk membayar tunggakan gaji bekas pemain mereka iaitu Casio De Jesus sebanyak RM 630 ribu.

“Memang sekarang ni KAFA ada buat kutipan derma tapi sampai bila?”

“Bila sudah selesai kes Casio, kalau ada pemain lain buat laporan tak akan nak buat kutipan derma lagi?”

Dalam masa yang sama, Badhri juga mempersoalkan tindakan KAFA yang tidak adil kerana lebih mengutamakan kes tunggakan gaji pemain import berbanding tempatan.

“Kalau pemain import boleh bayar, kenapa pemain tempatan tak boleh?”

“Kenapa nak bayar pemain import sahaja? Pemain tempatan belum dibayar lagi. Kalaulah Casio tidak buat laporan kepada pihak FIFA pastinya tidak akan ada yang mengetahui mengenai hal ini.”

Menurut Badhrii, KAFA berhutang dengannya sebanyak RM 300 ribu tunggakan gaji dengan ianya akan dilunaskan setiap 5 haribulan.

Setakat ini, KAFA komited membayar tunggakan tersebut bermula pada Januari hingga Mac tahun ini, namun beliau tidak menerima apa-apa bayaran pada bulan April hingga Mei.

Baca juga artikel kami mengenai Badhri Radzi:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram