Badhri Radzi Kembali Semula Ke Pangkuan Kelantan

Bekas pemain Perlis, Badhri Radzi atau lebih dikenali dengan panggilan Piya kembali bersatu dengan skuad Kelantan apabila menandatangani kontrak didepan Pengarah Media Kelantan Red Warriors Sdn Bhd (KRW), Edi Shah yg mewakili CEO Kelantan Red Warriors, Fazli Mohammad malam tadi.

Menurut pemain tengah yang berusia 37 tahun itu, keputusan tersebut dibuat setelah terpaut dengan kesungguhan KRW menyelesaikan segala masalah berkaitan tuntutan gajinya sebelum ini.

“Saya berterima kasih Ketua Pegawai Eksekutif KRW Ahmad Fadli Mohammad dan Orrisa Baharom kerana sudi mengadakan pertemuan bagi menyelesaikan segala masalah yang timbul sebelum ini.

“Sebagai tanda terima kasih diatas komitmen KRW Sdn. Bhd saya membuat keputusan untuk kembali beraksi bersama Kelantan,” katanya kepada Utusan Malaysia

Piya Tunjuk Best , Kelantan Best Sokmo-sokmo#GomoKelateGomo #BangkitSemula #KelantanRedWarriors #KelantanPadu#RedAndWhiteArmy

Posted by Kelantan Red Warriors Official on Monday, March 18, 2019

Kehadiran pemain tersebut mampu menguatkan kembali jentera tengah skuad The Red Warriors selepas digugurkan secara mengejut oleh jurulatih Kelantan musim lepas, Fajr Ibrahim.

Karier bola sepak Piya kemudian kembali bernyawa apabila Perlis FA melamarnya untuk memperkuatkan pasukan itu bagi musim 2019.

Namun Perlis disingkirkan dari saingan Liga Primier ekoran masalah kewangan yang serius.

Masalah tunggakan gaji sentiasa menghantui hidupnya. Sebelum ini, bekas pemain kebangsaan itu mendakwa kali terakhir dia menerima gaji daripada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) adalah pada bulan April tahun lalu.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram