Badhri Radzi Kecewa KAFA Bersikap Tidak Professional

Kapten skuad The Red Warriors, Mohd Badhri Mohd Radzi  atau piya ternyata kecewa dengan sikap pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang mengumumkan mengenai perpindahannya di laman sosial tanpa berbincang dengannya dahulu.

Beliau berkata kepada Mstar, statusnya dan apek (Khairul Fahmi Che Mat) sebagai pemain Kelantan agak kabur berikutan khabar angin yang tersebar meluas di laman sosial.

https://twitter.com/VelizarPopov/status/989031659793272832

“Kalau Kafa dan jurulatih tak nak saya, sepatutnya mereka panggil dan bincang. Bukannya memberi kenyataan di laman sosial atau akhbar.

“Saya dan juga Apek (Khairul Fahmi Che Mat) ‘blur’. Cara Kafa dan jurulatih buat ni tak betul. Tak profesional.

“Tetapi kami sebagai pemain profesional kami tetap mengikut kontrak dan turun menjalani latihan seperti biasa. Malah jurulatih pun tidak beritahu apa-apa lagi,” ujarnya.

Apek turut akan dilepaskan oleh Kelantan. Gambar: Kamarul Akhir/Asiana

Difahamkan Piya menjalani latihan seperti biasa dan masih mempunyai kontrak sehingga penghujung musim ini.

“Setiap sesi latihan saya dapat ikut dengan baik. Tak tahu, tak tahu apa. Sehingga sekarang saya masih menunggu untuk dipanggil dan diberitahu secara rasmi sama ada saya masih diperlukan atau tidak.

“Kalau tak nak, cakap sahaja tak nak. Saya terima. Tetapi jangan buat macam ini. Awal musim sebelum ini, mereka tak mahu lepaskan kami ketika ada pasukan lain yang buat tawaran.

“Tetapi sekarang timbul pula mahu lepaskan kami untuk mengurangkan beban hutang?. Saya harap akan ada tindakan yang lebih profesional selepas ini,” jelasnya.

Seorang lagi pemain senior yang disahkan akan turut dilepaskan Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan iaitu penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram