Badhri Radzi Akui KAFA Masih Belum Jelaskan Tunggakan Gajinya

Gaji

‘Penantian memang satu penyiksaan’.

Itulah dilema yang kini menimpa bekas ketua pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi yang mengakui beliau masih belum menerima tunggakan gaji daripada pihak Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Menurut sumber Harian Metro, pemain yang lebih mesra dengan panggilan ‘Piya’ itu jelas amat kecewa dengan sikap berdiam diri sehubungan dengan permasalahan yang dihadapi ketika ini.

Piya yang langsung tidak diberikan peluang beraksi pada pertengahan musim 2018 dilaporkan sudah menandatangani kontrak bersama Perlis bagi menghadapi musim akan datang.

“Kali terakhir saya menerima bayaran pada April lalu selepas dipinggirkan daripada TRW.”

“Sebagai pemain saya ingin menuntut hak itu kerana saya mempunyai komitmen kewangan yang tinggi yang perlu dibayar.

Dalam perkembangan yang sama, Piya turut menjelaskan tiada inisiatif berterusan yang diberikan KAFA untuk menyelesaikan isu yang kian meruncing ini.

“Apa yang membuat saya kecewa, KAFA hanya sekali memanggil untuk berbincang mengenai perkara itu, namun selepas itu tiada lagi usaha yang dilakukan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik sehingga ke hari ini.”

Kontrak Badhri bersama Kelantan telah tamat pada November lalu.

Kredit foto: Stadium Astro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram