Baddrol Bakhtiar Yakin Kedah Mampu Beri Saingan

Baddrol Bakhtiar

Ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar meramalkan pertembungan aksi CIMB Piala Sumbangsih dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat adalah seimbang buat kedua-dua pasukan.

Walaupun di atas kertas, JDT kelihatan seperti sukar digugat, Baddrol yang pernah memimpin Kedah memenangi Piala Sumbangsih pada 2017 ketika menewaskan lawan yang sama di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin, optimis skuad Lang Merah mampu memberi saingan.

Malah kelibat bekas import pemain Kedah, Liridon Krasniqi, yang dijangka membuat kemunculan sulung dengan JDT tidak memberikan apa-apa masalah kepada anak jati Sungai Petani itu kerana dia berasakan tumpuan perlu diberikan kepada semua pemain lawan.

“Kami ada sembilan puluh minit di atas padang dan apa yang perlu kami lakukan adalah mengikut taktikal yang diarahkan oleh jurulatih serta perlu beraksi sebagai satu pasukan.

“ Sekiranya rezeki berpihak kepada kami, saya harap dapat membawa keputusan positif untuk dibawa pulang ke Kedah.”

“ Saya tidak mahu memberikan fokus kepada Liridon sahaja tetapi kepada semua seluruh kesebelasan utama JDT yang bermain pada aksi malam esok.”

“ Padang bagi perlawanan esok saya rasa adalah yang terbaik sebab padang di stadium sebelum ini pun sudah cukup baik dan saya rasa kali ini dijangka lebih berkualiti, ” katanya.

Baddrol Bakhtiar akan membuat kemunculan kali kelima di CIMB Piala Sumbangsih dengan aksi 2017 menjadi kejayaan tunggal buat dirinya dengan kali terakhir penampilan 2018, Kedah tewas 1-2 kepada JDT.

Kredit foto: Malaysian Football League (MFL)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN