Baddrol Bakhtiar Akui Corak Permainan Kedah Semakin Laju

Kerjasama Semuanya BOLA

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini dunia bola sepak

3 kemenangan dan satu seri selepas 4 perlawanan Liga Super sudah cukup mengambarkan skuad Kedah musim ini jauh lebih mantap daripada musim lalu dan kesemua pemain skuad itu kini dalam prestasi terbaik mereka.

Skuad yang dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman dari Singapura iaitu Aidil Sharin Sahak itu kini menghuni kedudukan teratas Liga Super di belakang JDT dengan 10 mata yang sama tetapi dipisahkan dengan perbezaan jumlah jaringan gol.

Ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar menganggap kejayaan tersebut adalah hasil daripada kerja keras pemain di atas padang dan mereka berazam mahu terus konsisten dalam saingan Liga Super. 

“Kami harus bersatu hati dalam menjalankan tugas yang diamanahkan dan semestinya semua pemain teruja apabila pasukan dapat mendahului kedudukan di puncak liga, tapi itu masih terlalu awal untuk kami rasa gembira kerana perjalanan liga masih panjang.

“Apa yang kami harus fokus kini adalah bagaimana untuk terus mempertingkatkan permainan seterusnya serta memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam perlawanan yang lalu.” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

FOTO: KFA

Baddrol yang sudah melakukan 307 penampilan bersama Kedah mahu pasukannya bersiap sedia sepenuhnya untuk berdepan PKNS FC hujung minggu ini sebelum berkunjung ke Kuantan bertemu juara Piala FA 2018, Pahang minggu depan.

“Kami sedar persaingan yang perlu kami harungi dan merasakan lebih banyak pasukan yang akan memberi cabaran yang hebat kepada Kedah musim ini.

“Saya melihat kekuatan pasukan ini meningkat dan semakin baik dengan keharmonian pada tahun ini begitu tinggi dan bagi saya, kekuatan moral yang diperolehi dalam empat perlawanan lalu memberi kami motivasi yang besar untuk terus menghasilkan kemenangan.

Kedah tampil dengan taktikal yang berbeza

Beliau turut mengakui corak permainan skuad Kedah sangat berbeza berbanding musim lalu dan semakin laju sehingga menyebabkan pasukannya semakin mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air.

“Ini mungkin memberi kelebihan untuk Kedah musim ini dan saya berpuas hati melihat pemain yang dapat mengikut semua arahan jurulatih semasa latihan dan juga perlawanan.”

“Sudah pasti bertemu PKNS FC nanti kami perlu terus gandakan usaha walaupun berkelebihan beraksi dilaman sendiri, namun kami tetap tidak mahu ambil mudah,” katanya.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply