VIDEO: Backheel Menakjubkan Kylian Mbappe Bantu PSG Benam Nantes 2-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Kylian Mbappe dan Neymar masing-masing menjaringkan satu gol untuk menewaskan Nantes 2-0, sekaligus melebarkan penguasaan kelab tersebut di persada Ligue 1 kepada lima mata.

Perlawanan tampak sukar pada babak pertama saingan selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa sebarang jaringan.

Minit ke-52, pemain remaja, Kylian Mbappe menjelmakan magis beliau dengan menyambut hantaran lintang rendah Angel Di Maria menggunakan kaedah backheel untuk menewaskan penjaga gol Nantes.

Neymar memastikan tiga mata milik PSG apabila menyempurnakan sepakan penalti tiga minit sebelum masa sebenar perlawanan berakhir, setelah Mauro Icardi dikasari.

Ini adalah jaringan kelima Neymar pada musim ini selepas kembali beraksi dari kecederaan pada 5 Oktober lalu.

Sebelum itu, Neymar seperti sudah meletakkan PSG di hadapan sebelum jaringan beliau dibatalkan oleh VAR pada babak pertama perlawanan.

Skuad Thomas Tuchel kini bukan sahaja memiliki kelebihan lima mata. Malah PSG kini turut mempunyai baki satu perlawanan di tangan berbanding pasukan di tangga kedua, Marseille.

PSG akan ke Montpellier pada Sabtu ini untuk meneruskan aksi saingan Ligue 1.

Saksikan jaringan backheel menakjubkan dari Kylian Mbappe melalui pautan di bawah: