B. Sathianathan: “Para Pemain Selangor Akan Berikan Aksi 100% Menentang JDT”

Selangor akan melayan kunjungan JDT pada Jumaat ini. Pengendali Selangor, B. Sathianathan optimis pasukan beliau akan mendapat keputusan yang positif dalam perlawanan tersebut.

Sathianathan gembira dengan kehadiran 3 muka baharu di dalam pasukan Selangor iaitu, Sandro Da Silva, Khyril Muhymeen dan juga Fandi Othman. Ketiga-tiga pemain sudah pun menjalani latihan dengan pasukan Selangor.

Ditanya sama ada Sathianathan akan bergantung kepada Sandro? Sathianathan menyatakan, Selangor ada pasukan yang besar, oleh itu tiada isu mereka hanya mahu menjadi ‘1 man team’ dengan berharap kepada Sandro semata mata.

Beliau berkata kepada wartawan: “Saya tidak berharap kepada Sandro semata-mata, sebab kena ingat kami juga ada ­Khyril dan Fandi. Kami tidak akan bergantung kepada Sandro seorang, sebaliknya kita perlukan pemain berkualiti bagi membina satu pasukan yang kuat.”

Selangor dalam proses pembentukan pasukan

Sathianathan mengakui Selangor adalah pasukan baru pada musim ini dari segi ‘squad depth’ berbanding dengan JDT, Pahang, Kedah, Terengganu dan Perak. Pasukan-pasukan tersebut hanya menambah beberapa pemain terutama sekali di barisan serangan untuk memperkuatkan pasukan mereka.

Beliau berkata: “Kita tidak seperti JDT, Pahang, Kedah, Terengganu, Perak. Mereka sudah lama berada di tahap tertinggi dan sekadar menambah jentera untuk menguatkan barisan mereka.”

“Sebaliknya, Selangor dalam 2 hingga 3 tahun ini banyak pertukaran. Jadi saya harap dengan masa singkat ini kita setanding dengan pencabar utama.”

Seterusnya, B. Sathianathan berharap para pemainnya tidak gentar dan tidak terlalu ‘mengagumi’ JDT ketika di atas padang pada Jumaat ini – meskipun lawan mereka itu dalam prestasi terbaik – masih belum tewas pada musim ini.

“JDT adalah pasukan hebat, mereka jarang kalah dan mempunyai pemain berkualiti, tidak kira pemain tempatan mahu pun import. Barisan simpanan mereka juga ramai dalam kalangan skuad kebangsaan.”

“Kami menghormati kualiti yang ada pada JDT. Namun kami akan cuba bermain dengan cara kami sendiri dengan cuba memberikan aksi 100%.”

Selangor masih belum menang sebarang aksi Liga Super musim ini. Daripada 4 perlawanan, Selangor mencatatkan 3 seri dan 1 kekalahan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN