B. Sathianathan Akur PAFA Pilih Mehmet

Bekas jurulatih Felda United, B. Sathianathan mendedahkan yang beliau berada dalam perancangan PAFA untuk menggantikan Mehmet Durakovic pada musim 2019.

Sebelum ini Mehmet dilaporkan sudah bersetuju menyertai Selangor. Namun begitu beliau membuat pusingan U selepas Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menawarkan kontrak kepada beliau selepas kejayaan membantu Perak menjulang Piala Malaysia.

B. Sathianathan melepaskan jawatan beliau di Felda United kerana tidak mahu menerima pemotongan gaji – yang dianggapnya tak setimpal dengan tugas beliau.

B. Sathianathan – Felda United/ Foto: Asiana.my

Sathianathan sudah berkira-kira untuk memulakan tugasannya di Perak namun terpaksa akur dengan keputusan PAFA. Beliau menganggap dirinya tiada jodoh dengan Perak buat masa ini. Tambahan pula, Mehmet berjaya membantu negeri kelahirannya itu – Perak – menamatkan penantian 18 tahun untuk menjulang Piala Malaysia.

Bercakap kepada Stadium Astro, B. Sathianathan berkata: “Bukan jodoh saya dengan Perak. Saya dilahirkan di Perak tetapi itulah lumrah dalam bola sepak.”

“Jika saya dalam pengurusan tertinggi Perak sekalipun, saya akan mengekalkan Mehmet kerana dia seorang jurulatih yang baik dan berjaya membawa pulang trofi,” tambahnya lagi.

Beliau mengakui banyak mengkritik jurulatih luar negara, namun beliau menyatakan bahawa Mehmet Durakovic antara jurulatih asing yang berkualiti.

B. Sathianathan menyatakan yang beliau kini masih mempertimbangkan beberapa tawaran pasukan dari Lembah Kelang – dan tiada perbincangan lanjut dibuat – buat masa ini.

Beliau tidak panik dengan isu tidak dapat menjadi jurulatih mana-mana pasukan pada musim hadapan. Ini kerana, jika tidak menjadi jurulatih, beliau tetap ada program tersendiri termasuk klinik bola sepak dan mengendalikan kursus kejurulatihan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN