Piala Dunia B-20 2017: Tuan Rumah Langkah Kanan, Itali Antara Gergasi Yang Masih Belum Selamat

Kerjasama Semuanya BOLA

Korea Selatan memanfaatkan bermain di hadapan penyokong sendiri dengan mara ke pusingan 16 terbaik. Negara itu mendahului Kumpulan A setelah menewaskan Argentina dan Guinea.

Esok, mereka bakal bertemu England untuk melengkapkan perlawanan Kumpulan A. Guinea pula akan bertemu Argentina.

Kumpulan F masih terbuka

Kedudukan terkini Kumpulan F selepas 2 perlawanan sebentar tadi. Sumber: FIFA.

Arab Saudi menewaskan Ecuador dengan 2 gol berbalas 1 sebentar tadi. Kemenangan pasukan Asia Barat itu telah membuka ruang kepada semua pasukan dalam Kumpulan F untuk mara ke 16 terbaik.

Amerika Syarikat juga menewaskan Senegal dengan gol tunggal Josh Sargent.

Venezuela, Zambia mara ke 16 terakhir.

Zambia mara ke kelompok 16 terakhir apabila selesa mendahului Kumpulan C. Mereka bakal bertemu Costa Rica. Iran berpeluang juga untuk layak jika menewaskan Portugal.

Vanuatu dimalukan Venezuela dengan memboloskan 7 gol pada perlawanan lalu. Dek kemenangan itu, Venezuela selesa menerajui Kumpulan B. Mereka bakal bertemu Mexico pada perlawanan terakhir. Vanuatu pula bakal berhadapan Jerman.

Uruguay, Perancis turut mara

Dalam saingan Kumpulan D, Uruguay menewaskan Jepun 2-0. Mereka bakal bertemu Afrika Selatan. Pada ketika ini, Uruguay mendahului carta kumpulan seterusnya layak ke pusingan 16 terbaik.

Itali pula akan menentang Jepun untuk menentukan nasib sama ada masih dapat bersaing atau sebaliknya.

Vietnam pula dibenam Perancis dengan skor 4-0. New Zealand pula menewaskan Honduras 3-1. Perancis juga menuju ke saingan seterusnya apabila menguasai kedudukan teratas kumpulan E.

Vietnam akan bertemu Honduras manakala Perancis akan menentang New Zealand.

Masih ada peluang

Kebanyakan negara yang bertanding masih ada peluang untuk mara. Selain juara dan naib juara kumpulan, 4 pasukan tempat ketiga dalam kumpulan masih berpeluang.

Ia bergantung kepada bilangan kutipan mata, kemudian diikuti kutipan perbezaan jaringan.

Adakah ada wakil Asia seterusnya akan ke pusingan 16 terbaik? Sama-sama kita nantikan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram