Azzizan Nordin Teruja Hadapi Kejohanan Di Indonesia

Azzizan Nordin

Pemain tengah Sabah, Azzizan Nordin mengakui beliau amat teruja untuk menikmati kehangatan bola sepak di Indonesia apabila pasukannya bakal menyertai Kejohanan Piala Gabenor Jawa Timur 2020.

Kejohanan yang dijadualkan berlangsung 10 hingga 20 Februari di Stadium Kanjuruhan, Malang itu menyaksikan skuad Tambadau bakal bersaing bersama-sama Arema FC, Persija Jakarta dan Persela Lamongan dalam kumpulan B.

Menurut sumber The Star Online, Azzizan turut beranggapan kejohanan itu mampu untuk memantapkan pasukan Sabah.

”Keghairahan dalam kalangan penyokong bola sepak Indonesia seperti kita tahu sudah begitu terkenal di rantau ini, jadi sangat baik buat kami untuk merasai pengalaman persekitaran sedemikian.”

”Kami menentang pasukan-pasukan terkenal di Indonesia. Persebaya merupakan pasukan yang menamatkan saingan Liga 1 Indonesia di tempat kedua dan merupakan salah satu daripada pasukan besar di Asia Tenggara.”

”Kelab Indonesia juga mempunyai pemain import yang baik, ia akan menjadi ujian yang baik,” ujar Azzizan kepada The Star Online.

”Kami akan bekerja keras dan belajar sesuatu daripada kejohanan ini dan mencuba untuk memperbaiki diri. Kuncinya adalah untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi musim baru.”

Sabah kembali beraksi dalam saingan Liga Super susulan kejayaan muncul juara Liga Premier 2019. Dalam usaha memperkuatkan pasukan, skuad yang dibimbing Kurniawan Dwi Yulianto itu membawa masuk dua pemain import baharu iaitu Hector Ramos dan Dennis Buschening.

Selain itu, mereka turut mengekalkan dua pemain import musim lalu, Rodoljub Paunovic dan Park Tae-soo.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram