Azmeer Yusof Ikhlas Bantu Pasangan Ingin Berkahwin

Pemain pertahanan Kedah, Azmeer Yusof mencuri tumpuan netizen apabila tampil untuk meringankan beban dari segi kos untuk pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.

Melalui satu muat naik di Facebook peribadinya, Azmeer berkata beliau baru sahaja membeli sebuah kediaman yang terletak di Tongkang Yard, Alor Setar.

Menurut Azmeer lagi, rumah kediaman tersebut turut mempunyai halaman rumah yang luas berukuran 1,935 kaki persegi.

Ingin berkongsi rezeki yang dimilikinya, bek kiri berusia 29 tahun itu berkata tapak halaman rumah tersebut sedia dibuka kepada orang ramai secara percuma bagi sesiapa yang ingin mengadakan majlis perkahwinan.

“Jadi mulai hari ni dgn tulus ikhlas sepenuh hati, saya nak buka halaman rumah saya kepada sesiapa yang nak berkahwin tanpa mengenakan bayaran sewa,” ujar beliau dalam muatnaik tersebut.

PLEASE SHARE GUYS !!Salam / Selamat Pagi..Saya baru sahaja beli rumah di Tongkang Yard, belakang bangunan ABC….

Posted by Azmeer Yusof on Friday, January 17, 2020

“Saya berharap dgn cara ni, saya dapat permudahkan niat suci semua orang untuk mendirikan masjid.”

Selain daripada menyediakan tapak untuk mengadakan majlis, Azmeer turut menawarkan khidmat perancang perkahwinan daripada pihak beliau dengan harga yang murah kepada sesiapa sahaja yang berminat.

Malah beliau turut mengalu-alukan pakar perancangan perkahwinan untuk menawarkan khidmat masing-masing dengan mengadakan majlis di tapak tersebut, dengan harga menarik, asalkan boleh membantu memudahkan pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.

“Kita mudahkan urusan mereka, ALLAH mudahkan urusan kita dunia akhirat, insyaa Allah.

“Rezeki kita rezeki semua orang. Kita kongsi bersama, kita cari pahala bersama,” tambah beliau menjelaskan niat beliau itu.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram