Azman Adnan Mahu Lebih Ramai Pemain Negara Beraksi Di Luar

Azman Adnan

Bekas penyerang kebangsaan, Azman Adnan berasakan adalah lebih baik jika lebih ramai pemain tempatan beraksi di luar negara.

Menurut Azman yang terkenal dengan kariernya bersama Selangor satu ketika dahulu, penghijrahan pemain tempatan terutamanya mereka yang lebih muda mampu memberikan manfaat kepada skuad kebangsaan.

“Jika ada pemain kita berbakat, hantar (ke luar negara) kenapa tidak mencuba? Belum cuba belum tahu. Apa yang penting kita mencuba, sentiasa positif,” kata Azman menerusi Sinar Harian.

Azman mengambil contoh Jepun dan Korea Selatan yang sering mengeksport pemain-pemain mereka ke luar seperti Takumi Minamino dan Son Heung-min yang jelas memberikan manfaat kepada skuad kebangsaan mereka.

Pada hemat Azman, lebih ramai lebih bagus dan beliau berkata kesannya akan tiba pada masa akan datang apabila separuh daripada pemain skuad negara dianggotai pemain yang beraksi di luar.

“Bayangkan kalau ada lapan pemain negara beraksi di luar negara dan bila mereka balik (bermain dalam skuad kebangsaan) dengan pengalaman berbeza daripada apa di Liga Malaysia.”

Untuk rekod, Safawi Rasid, Luqman Hakim, Hadi Fayyadh dan Mahmadou Sumareh antara pemain negara yang terkini sedang beraksi di luar.

Baca juga artikel kami mengenai Azman Adnan:

Azman Adnan, Penyerang Bernilai RM1 Juta Yang Dipancing Selangor

Liga M3: Azman Adnan Berazam Jadikan Ultimate FC Pasukan Digeruni

Azman Adnan Akui Tidak Malu Bimbing Kelab Amatur, Tun Razak FC

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply