Ayah Tan Cheng Hoe Meninggal Dunia

Ayah kepada Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe iaitu Tan Chooi Siak meninggal dunia pada hari ini.

Perkara itu disahkan melalui satu mesej takziah yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada hari ini. Mendiang Tan Chooi Siak meninggal dunia pada usia 95 tahun akibat sakit tua.

Itu dugaan yang dihadapi Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe apabila kehilangan bapanya beberapa jam sebelum membawa Malaysia berdepan tugas getir menentang Vietnam dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai awal pagi esok (12.45 pagi Sabtu waktu Malaysia).

Fokus Tan Cheng Hoe bagaimaapun buat masa ini tertumpu kepada cabaran skuad negara yang akan berhadapan Vietnam pada tengah malam nanti (12.45am) waktu Malaysia.

Selepas Vietnam, pasukan negara akan menutup kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand pada awal pagi 16 Jun.

Mengulas perlawanan menentang Vietnam sebelum ini, Tan Cheng Hoe menegaskan pasukannya perlu bangkit untuk sebarang peluang mara ke pusingan seterusnya.

Bagaimanapun beliau enggan barisan pemainnya lalai dalam perlawanan tersebut kerana Vietnam adalah pasukan yang amat bahaya ketika melakukan serangan balas. Dalam perlawanan yang dijangka sengit, Tan Cheng Hoe juga mahukan barisan pemainnya lebih klinikal di hadapan gawang gol lawan.

“Memang kita tahu dalam empat perlawanan terakhir, kita tidak mendapat kemenangan menentang Vietnam. Setiap kali kita bertemu dengan Vietnam, kita tidak mendapat banyak peluang menjaringkan gol. Kerana itu kita perlu [memanfaatkan] peluang terbaik setiap kali berada di hadapan gol,” ujar pemain itu dalam sidang media bersama wartawan Malaysia pada hari ini.

Jurulatih berasal dari Alor Setar itu juga berharap barisan pemainnya kembali mendapatkan keyakinan dan momentum selepas kekalahan kepada UAE sebelum ini. Apatah lagi setelah pemain-pemain tidak beraksi dalam sebarang perlawanan antarabangsa selama 18 bulan sebelum kempen di Dubai ini.

Setakat ini tidak ada pasukan dari rantau ASEAN berjaya menumbangkan Vietnam sejak pasukan itu dikendalikan oleh jurulatih dari Korea Selatan, Park Hang Seo.

Tan Cheng Hoe bagaimanapun menyuarakan keyakinan kemenangan mampu dicipta kali ini sekiranya barisan pemain mampu menjelmakan prestasi yang diharapkan.

Salam takziah buat Coach Tan daripada semua warga kerja SemuanyaBOLA.

 

Baca artikel menarik lain mengenai Tan Cheng Hoe:

Tan Cheng Hoe Di Bandaraya Untuk Pantau 2 Penjaga Gol & ‘Awang’?

TMJ Tak Tahu Mengapa Tan Cheng Hoe Pilih Ramai Pemain JDT

Tan Cheng Hoe Mahu Manfaatkan Kehadiran Liridon Krasniqi

 

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply