AXA KVL M5: Tatmark FC Tarik Nafas Lega Ikat Spirito FC 1-1

Tatmark FC mengutip mata pertama mereka dalam kempen AXA KVL M5 selepas berjaya mengikat Spirito FC 1-1 dalam perlawanan sengit yang berlangsung di Stadium MPAJ semalam.

Ketika perlawanan baru berusia 6 minit, sudah ada 2 peluang gol berjaya dicipta oleh Tatmark FC dan 1 untuk Spirito FC, Bagaimanapun kesemua peluang tersebut gagal menghasilkan sebarang gol lantaran teknik penyudah yang lemah serta kecekapan penjaga gol kedua-dua pasukan.

Bahaya utama Tatmark datangnya daripada kreativiti pemain tengah mereka, Noor Hakem dan penyerang muda mereka, Haily Azuan. Pada minit 32’, Haily berjaya melepaskan diri daripada kawalan ketat tonggak pertahanan Spirito FC, Muhtarr Bah di channel kanan sebelum melakukan hantaran lintang bahaya. Bagaimanapun tiada satu pun rakan sepasukannya berjaya memanfaatkan hantaran lintang tersebut untuk membuka gol.

Spirito FC pula mengharapkan input daripada penyerang mereka, Afiq Azim untuk mengancam jentera pertahanan Tatmark yang kelihatan lebih tersusun berbanding dalam 2 perlawanan minggu sebelumnya. Hanya apabila Muhammaed Jawo dimasukkan dari bangku simpanan pada separuh masa kedua, barulah Spirito dapat mengurangkan kebergantungan kepada Afiq untuk mencipta peluang gol.

Ini terbukti apabila pada minit ke-56, Spirito FC berjaya menjaringkan gol pembukaan selepas Zaim Halim memanfaatkan hantaran lintang kanan Afiq Azim.

Ketinggalan 0-1, Tatmark meningkatkan tempo serangan mereka sambil diberi sokongan oleh kira-kira 10 peminat tegar mereka di Stadium MPAJ. Hasilnya mereka berjaya menyamakan kedudukan selepas larian cemerlang Noor Hakem di channel kiri memberi peluang kepada Haily Azuan untuk menewaskan seorang pertahanan Spirito sebelum melepaskan satu das rembatan padu yang menewaskan penjaga gol Spirito, Zhafir Ashraf.

Secara jujurnya, kedua-dua pasukan boleh menjaringkan lebih banyak gol jika mempunyai penyudah yang lebih klinikal. Tetapi dalam perlawanan yang dilimpahi pemain-pemain yang sederhana, keputusan seri barangkali sudah cukup baik untuk kedua-dua pasukan.

Statistik perlawanan

Pemain terbaik perlawanan: Noor Hakem (Tatmark FC)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN