AXA KVL M5: Pengalaman Ultimate FC Beri Tonik Tumbangkan Gombak FA 2-0

Ultimate FC mudah menewaskan Gombak FA 2-0 hasil jaringan 2 penyerang import mereka, Phillip Abbah dan Chukwu Chijioke pada separuh masa kedua. Kemenangan perlawanan Kumpulan A AXA KVL M5 ini adalah permulaan yang sempurna buat pasukan dari Kajang ini – yang juga merupakan salah satu pasukan pilihan.

Belum pun perlawanan cukup seminit bermula, pemain-pemain muda Gombak FA menunjukkan tanda-tanda gementar yang jelas apabila bergelut membuat clearance – sekaligus memberikan peluang keemasan buat penyerang Ultimate FC, Phillip Abbah untuk menjaringkan gol. Bagaimanapun percubaan Phillip sempat diselamatkan oleh penjaga gol Gombak FA, Aieman Abdul Jalil.

5 minit kemudian, Gombak FA membuat kesilapan sama sekali lagi. Kali ini peluang tersebut jatuh kepada pasangan Phillip di jentera serangan, Chukwu Chijioke. Seperti Phillip, Chijioke gagal memanfaatkan peluang tersebut.

Seminit kemudian, Chijioke mempunyai peluang untuk menebus kesilapan beliau. Berpunca daripada hantaran lintang rendah Khairul Nizam di sayap kanan, Chijioke sekali lagi mencuba. Bagaimanapun ia tepat ke dakapan Aieman. Ia satu percubaan yang pastinya akan mengecewakan ketua jurulatih Ultimate, Alhamdi Umar memandangkan Chijioke tida diberikan apa-apa tekanan ketika membuat percubaan tersebut.

Gombak FA yang terpaksa bertahan pada majoriti perlawanan mempunyai peluang yang terhad untuk menyerang menerusi serangan balas pantas. Tetapi apabila meraka mendapat peluang tersebut seperti yang terjadi pada minit 11’ dan 13’, teknik penyudah penyerang mereka pula mengecewakan.

Pemain-pemain muda Gombak FA gagal menyaingi tahap kompetitif Ultimate FC dalam perlawanan kumpulan A AXA KVL M5.

Pada hujung separuh masa pertama, Chijioke sekali lagi mendapat peluang keemasan untuk membuka akaun golnya. Bagaimanapun – entah mengapa – beliau memilih untuk melakukan hantaran daripada melakukan percubaan terus. Gombak FA pantas menafikan Chijioke dan peluang tersebut hilang sekali lagi.

Mujur pada separuh masa kedua, Ultimate bangkit dari tidur. 2 minit selepas separuh masa kedua, Chijioke akhirnya menjaringkan gol pembukaan perlawanan melalui kawalan bola yang baik dari bola hantaran lintang kiri sebelum melakukan voli kencang menewaskan Aieman.

9 minit kemudian, giliran Chijioke pula menjadi penyumbang apabila Phillip mudah menampan masuk hantaran lintang beliau dari kanan. Pada kedudukan 2-0, ketua jurulatih Gombak FA, Shahril Arsat mula mengarahkan anak buahnya untuk mula menyerang.

Jika tidak kerana kualiti teknikal pemain mereka yang mengecewakan, Gombak FA pastinya mampu menghadir rasa panik kepada jentera pertahanan Ultimate yang diketuai oleh Firdaus Selvam. Sebaliknya, Ultimate pula yang mendapat lebih banyak peluang menerusi serangan balas.

Pemain Ultimate FC, Firdaus Selvam (kanan) bersaing mendapatkan bola di udara dengan pemain Gombak FA.

Penyudah tumpul daripada kedua-dua pasukan menghalang daripada kedua-dua pasukan untuk menambah gol. Kedudukan 2-0 yang berpihak kepada Ultimate kekal sehingga tamat perlawanan untuk memberikan 3 mata penuh kepada pasukan dari Kajang tersebut.

Statistik perlawanan

Pemain terbaik perlawanan: Chukwu Chijioke (Ultimate FC)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN