AXA KVL M5: Desmond Amadi ‘Mengamuk’, Jaring 4 Gol Belasah Spirito FC

Desmond Amadi Apaoma mengganas apabila berjaya menghasilkan empat jaringan untuk membantu Axis-O2 menewaskan Spirito FC 4-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Ampang Jaya, malam tadi.

Axis-O2 yang kini menduduki tangga teratas kumpulan A dengan mengumpul 14 mata membuktikan kejaguhan mereka dengan mendahului 3-0 pada separuh masa pertama serta menyajikan penguasaan penuh .

Pemain import, Desmond Amadi Apaoma menguji gawang Spirito FC  yang dikawal Zhafir Ashraf Kaharuddin seawal minit ketiga menerusi rembatan dari luar kawasan penalti tetapi sedikit melewati palang gol.

Kehampaan tersebut ditebus Desmond setelah beliau berjaya menanduk masuk bola hasil hantaran lintang dilakukan Lucky Ogu pada minit ke-11 untuk membuka tirai jaringan.

Axis-O2 yang mempamerkan aksi lebih meyakinkan berbanding Spirito FC hampir menambah jaringan kedua, namun percubaan dalam tempoh masa tiga minit yang diledakkan Adli Zulgafli dan Ahmad Shafeez Ibrahim berjaya dinafikan Zhafir Ashraf.

Tidak cukup dengan satu jaringan yang dihasilkan, Desmond menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-34 selepas pemain kelahiran Nigeria itu mudah menyempurnakan sepakan penalti selepas Adli dikasari dalam kawasan penalti.

Desmond melengkapkan hatrik seminit kemudian hasil hantaran lintang dari rakan sepasukannya yang mudah disudahkan untuk menutup aksi babak pertama dengan kedudukan 3-0.

Perlawanan bersambung memperlihatkan dominasi penuh Axis-O2 yang kian bernafsu memburu jaringan.

Ternyata Desmond menjadi duri dalam daging buat Spirito FC dengan kualiti yang cukup baik dipamerkannya dan beliau turut menghasilkan jaringan keempat pada minit ke-56.

Jaringan keempat itu terhasil berpunca daripada percubaan Shafeez yang melepasi perangkap ofsaid, namun berjaya ditepis Zhafir lalu bola terus singgah di kaki Desmond yang bersahaja melakukan tendangan ‘backheel’ untuk gol keempat peribadi buat beliau pada perlawanan ini.

Kedudukan 4-0 itu kekal hingga tamat permainan untuk menghadiahkan kemenangan keempat buat Axis-O2 bagi mengekalkan rekod tanpa kalah selepas mengharungi enam perlawanan.

Statistik perlawanan

Desmond

Pemain terbaik perlawanan: Desmond Amadi Apaoma (Axis-O2)

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN