Aubameyang Dan Skuad Gabon Bengang Terpaksa Bermalam Di Lantai Lapangan Terbang Gambia

Aubameyang Gabon Gambia

Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dan rakan sepasukan skuad kebangsaan Gabon terpaksa bermalam ni lantai Lapangan Terbang Antarabangsa Banjul menjelang pertemuan dengan Gambia bagi aksi pusingan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

Dalam satu ciapan menerusi Twitter, penyerang berusia 31 tahun itu membangkitkan isu berkenaan dan menyalahkan Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) kerana gagal membantu delegasi skuad Gabon untuk mendapatkan rehat yang cukup menjelang perlawanan.

Semua pemain serta pegawai pasukan tersebut tidak dibenarkan keluar daripada lapangan terbang untuk terus ke hotel penginapan mereka sebaik sahaja tiba tanpa sebab yang jelas dan hanya dilepaskan pada keesokan paginya.

“Terbaik CAF, ini apa yang berlaku jika kita kembali ke zaman 90-an. Perkara ini tidak akan menjatuhkan motivasi kami, tetapi orang ramai perlu tahu apa yang berlaku dan CAD perlu bertanggungjawab dengan kejadian ini, ciap Aubameyang.

“Ini sudah tahun 2020 dan kita mahu bola sepak Afrika bertambah maju, tetapi kejadian ini tidak sepatutnya berlaku jika kita mahu capai apa yang diharapkan.”

Gabon dijadualkan bertemu Gambia pada Isnin bagi aksi kumpulan D di mana skuad kendalian Patrice Neveu itu kini sedang mendahului dengan tujuh mata selepas tiga perlawanan mengatasi pasukan tuan rumah yang mengumpul empat mata.

Tiga hari lalu, Gabon menumpaskan Gambia di tempat sendiri dengan keputusan 2-1 di mana Aubameyang turut menyumbang satu gol dalam perlawanan tersebut.

Persekutuan Bola Sepak Gabon (FEGAFOOT) tidak mengeluarkan kenyataan mengatakan tindakan tersebut satu tindakan sabotaj, tetapi menganggap ianya tidak menepati semangat kesukanan.

Kumpulan D juga melibatkan Angola dan Republik Congo dan dua pasukan teratas kumpulan akan layak ke pusingan akhir yang akan berlangsung di Cameroon pada awal 2022.

Kredit Foto: Pierre-Emerick Aubameyang & Freddhy Koula

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Aubameyang dan Gabon:

Mikel Arteta: Aubameyang Perlu Kekal Untuk Sebaris Legenda Arsenal

Presiden Gabon Gesa Pierre-Emerick Aubameyang Tinggalkan Arsenal

Aubameyang Perjelas Raikan Gol Dengan Topeng Black Panther Untuk Gabon

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply