Atletico Madrid Mahu Hancurkan Peluang Barcelona Rangkul La Liga

Atletico Madrid

Disaat Premier League dan Bundesliga sudah menemui pemenangnya, saingan La Liga masih belum lagi menemui sang juaranya.

Real Madrid dan Barcelona kini masih lagi bertarung untuk merebut kejuaraan tersebut.

Tetapi saingan getir menanti mereka apabila bertemu dengan Atletico Madrid.

Secara kasarnya,, Atletico Madrid mungkin sudah tidak mampu untuk menjadi juara dek kerana jarak mata yang jauh dengan Real Madrid sebanyak 13 mata.

Namun begitu, Atletico masih lagi mampu untuk menjadi ‘king maker’ dalam kemelut ini dengan menewaskan Barcelona sekaligus menyukarkan misi pasukan Catalan itu merangkul gelaran liga.

Atletico dilihat mahu mengambil kesempatan diatas isu dalam Barcelona melibatkan Quique Setien dengan para pemainnya untuk mencuri tiga mata dari lawatan mereka ke Nou Camp.

Sungguhpun menyedari keadaan Barcelona yang dilihat kucar-kacir ketika ini, pengurus Atletico iaitu Diego Simeone memilih untuk tidak mengambil endah perkara itu di depan khalayak umum.

“Seperti yang anda tahu, saya adalah pengurus yang tidak bercakap mengenai pasukan lain. Saya cuma bercakap mengenai pasukan saya sahaja.”

Simeone menyedari dengan setiap tindakan yang dilakukan akan memberikan kesan. Oleh itu, beliau lebih memilih untuk tutup mulut sahaja.

“Kita perlu lindungi perkara tersebut dan sentiasa jaga perasaan pemain yang merupakan perkara penting dalam pasukan.”

“Selain itu juga kita perlu bermain dengan baik, dan itu yang dilakukan oleh mereka [pemain].”

Simeone turut berkata itu merupakan perkara yang paling dijaga beliau sebagai pengurus iaitu perasaan pemain, dan memilih untuk menyelesaikan sebarang permasalahan secara tertutup sama ada di padang latihan atau ketika sesi minum kopi.

Beliau berkata demikian selepas melihat pemain-pemain Barcelona dikhabarkan melancarkan tentangan terhadap Setien selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan cara pengurus itu memberikan komen mengenai pasukannya di hadapan media.

Setien juga dikhabarkan diberi kata dua oleh pengurusan tertinggi Barcelona untuk memberikan gelaran liga atau Eropah. Jika gagal beliau berhadapan potensi dibuang kerja.

Barcelona akan bertemu Atletico Madrid 1 Julai, 4 pagi waktu Malaysia.

Baca juga artikel kami mengenai Atletico Madrid:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram