Presiden Atletico Nafi Hubungi Diego Costa Untuk Bawa Balik Penyerang Tesebut

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Presiden Atletico Madrid, Enrique Cereze menafikan yang pihak mereka sudah menghubungi Diego Costa untuk membawa penyerang tersebut kembali semula.

Costa dikaitkan dengan kepulangan ke Atletico Madrid selepas konflik dengan Antonio Conte di Chelsea. Pemain tersebut mendedahkan kepada umum yang Conte tidak berminat untuk mengekalkan beliau di dalam skuad musim hadapan.

Costa hanya mahu kembali ke Atletico walaupun ada tawaran dari kelab lain termasuk tawaran luar biasa dari China.

Costa juga memuatnaik gambar beliau dengan jersi Atletico ketika bercuti. Beliau masih belum pulang ke kem Chelsea untuk latihan pra musim.

Chelsea baru mengesahkan yang mereka sudah menandatangani Alvaro Morata. Ini bermakna masa depan Costa di Chelsea memang sudah ke penghujung.

Atletico Madrid dikhabarkan sudah menghubungi Costa. Tetapi Presiden kelab tersebut menafikan khabar angin itu. Atletico masih belum terfikir untuk mendapatkan Costa buat masa ini.

Atletico masih dikenakan sekatan untuk mendaftarkan pemain sekiranya mereka membeli pemain baru. Cerezo berkata:

“Buat masa ini Costa adalah pemain Chelsea. Dan anda tahu yang kami tidak boleh menandatangani pemain buat masa ini.”

“Diego pemain yang hebat. Dia berpengalaman di Sepanyol serta melalui karier yang hebat di England.”

“Dia mungkin akan kembali ke Sepanyol, ke Madrid, itupun untuk bercuti kerana Madrid adalah tempat yang menyeronokan untuk dilawati.”

Ke manakah Diego Costa selepas ini?