Atlet Taekwando Tunisia Nafi Wajah Iras Bruno Fernandes, Perasaan Diri Serupa Ozil

Tidak sama sekali. Berdasarkan laporan terkini Bruno Fernandes sedang sibuk melakukan persiapan secara bersendirian di Portugal sebelum menyertai program pra musim Manchester United menjelang musim baharu.

Oleh kerana itu Bruno Fernandes jelas tidak menyertai sebarang acara di Sukan Olimpik Tokyo. Terdapat dakwaan di media sosial (jangan pembaris sangat), ada yang melihat kelibat Fernandes menaiki podium untuk menerima pingat di temasya sukan terbesar dunia itu.

Atlet yang dilihat mempunyai wajah seiras Bruno Fernandes tersebut sebenarnya adalah atlet dari Tunisia, Khalil Jendoubi yang memenangi pingat perak acara taekwando kategori 58kh pada Sabtu lalu.

Atlet berusia 19 tahun itu terlepas kilauan emas selepas tewas pertarungan sengit menentang wakil dari Itali, Vito Dell’Aquila.

Kejayaan dan penampilan Khalil di Tokyo menyebabkan ramai peminat sukan menyamakan Khalil dengan Fernandes, dan kedua-duanya dikatakan mempunyai wajah yang seiras.

Ditanya oleh wartawan sama ada dirinya sedar perbandingan telah dilakukan oleh peminat sukan dengan pemain perancang Manchester United itu, Khalil Jendoubi menafikannya. Sebaliknya beliau lebih yakin dirinya lebih iras dan mirip bekas bintang Arsenal dari Jerman, Mesut Ozil.

Seorang wartawan bertanya: “Adakah anda sedar anda memiliki wajah iras Bruno Fernandes?”

Khalil dengan berseloroh dan tenang kemudian menjawab: “Saya berpendapat wajah saya lebih mirip kepada Ozil.”

Aksi pertarungan Khalil Jendoubi di Sukan Olimpik menyaksikan beliau menumbangkan lawan dari Ethiopia, Solomon Demse dan juga dari Korea Selatan, Jang Jung.

Nama Khali Jendoubi mungkin tidak segah atau popular seperti Bruno Fernandes atau Mesut Ozil. Tetapi prestasi beliau di Sukan Olimpik ini sudah pasti berjaya menarik peminat-peminat baharu terutama dari negaranya Tunisia.

 

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply