Aston Villa Tak Setuju Main Gelanggang Berkecuali

Aston Villa

Pengerusi Eksekutif Aston Villa, Christian Purslow membantah cadangan untuk melengkapkan baki perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di gelanggang berkecuali seperti yang disarankan oleh badan pengurus liga tersebut.

Semua pasukan dalam liga utama berkenaan telah dimaklumkan sekurang-kurangnya 10 stadium akan dipilih  dan itu adalah satu-satunya cara untuk memastikan semua 92 perlawanan yang berbaki dapat dihabiskan.

“Kami adalah kelab yang bermain lebih baik apabila beraksi di tempat sendiri,” katanya.

Pengerusi Aston Villa, Dean Smith sebelum ini juga mengatakan pasukannya bersedia untuk kembali menyambung semula aksi liga musim ini selepas keadaan kembali pulih seperti sedia kala.

Aston Villa kini sedang mendudukai tangga ke-19 dan mempunyai 10 perlawanan berbaki – lebih satu daripada pasukan lain – sebelum saingan liga musim ini ditangguhkan sejak 13 Mac lalu ekoran pendemik COVID-19.

Berdasarkan rekod, kelab tersebut lebih banyak menang apabila beraksi di Villa Park dengan 5 kemenangan berbanding 2 sahaja apabila bertandang ke tempat lawan.

“Kami ada enam lagi baki perlawanan di tempat sendiri dan saya fikir mana-mana penyokong Villa tentu bersetuju bahawa melepaskan ‘kelebihan’ ini tentunya satu keputusan yang merugikan bagi mereka yang menguruskan pasukan ini.

“Saya tentunya tidak akan bersetuju dengan keputusan berkenaan,” tambah Purslow kepada Talksport.

Pengerusi Eksekutif Persatuan Pengurus Liga (LMA), Richard Bevan sebelum ini menegaskan sekiranya pasukan-pasukan EPL tidak bersetuju dengan cadangan untuk bermain di gelanggang berkecuali itu, musim 2019/20 boleh dibatalkan.

Undian untuk menyokong cadangan tersebut dijadualkan berlangsung pada Isnin ini.

Pasukan lain yang dilaporkan tidak bersetuju untuk bermain di gelanggan berkecuali adalah Brighton dan West Ham United yang beralasan tindakan tersebut telah ‘mencemar’ prestij EPL.

Bagaimanapun kebanyakan pasukan-pasukan lain terbuka dengan saranan tersebut tetapi berharap tiada sebarang penyingkiran dibuat pada musim ini.

Kebanyakan kelab sebolehnya tidak mahu disingkirkan dari EPL kerana bakal kehilangan pelbagai imbuhan seperti geran hak penyiaran dan sebagainya yang dianggarkan bernilai £200 juta.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liga Perdana Inggeris:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply