Aston Martin Racing Asia Bakal Keluarkan Rekaan Kereta Bertema JDT

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi menarik perhatian jenama antarabangsa apabila bakal mengumumkan kerjasama penuh bersejarah dengan Aston Martin Racing Asia.

Hasil kerjasama kedua-dua pihak bakal menyaksikan Aston Martin akan mengeliarkan kereta rekaan baharu bertemakan jaguh Liga Super Malaysia itu.

“Kami berbangga serta gembira dapat mencapai persetujuan dengan Ibu Pejabat jenama tersebut yang berpusat di United Kingdom dan pejabat Asia,” menerusi satu kenyataan media dari JDT pada hari ini.

“Kerjasama dengan syarikat permotoran British ini bukan sahaja memberikan nilai kewangan kepada JDT, tetapi juga membuka peluang kepada JDT, Johor dan Aston Martin Racing bekerjasama dalam pelbagai bidang untuk tahun-tahun yang akan datang.”

Aston Martin adalah jenama terkemuka di dalam industri permotoran berpengkalan di United Kingdom dan mempunyai pejabat di Asia.

Jentera  berasaskan Vantage GTE yang dihasilkan syarikat itu membantu Aston Martin muncul juara perlumbaan Le Mans Endurance 2020.

Aston Martin juga memiliki beberapa rakan niaga antarabangsa yang lain seperti Sparco, Total, Alcon, Cosworth dan banyak lagi. Ia adalah satu pencapaian luar biasa untuk JDT berada bersama jenama-jenama terkemuka ini seperti pada hari ini.

JDT sendiri sebelum ini turut berjaya menarik beberapa jenama terkemuka dunia seperti NICEF, Nike, Hublot, Subway, dan F&N untuk pelbagai jenis kerjasama dan penajaan.

Kerjasama dengan jenama-jenama antarabangsa ini juga menunjukkan peningkatan jenama kelab yang hebat dan kukuh sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa sejak JDT ditubuhkan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor pada 2013.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply