Asrul Helmi Penyelamat Klasiko FC, Jaring Gol Minit-Minit Terakhir Untuk Ikat Axis-O2 2-2

Perlawanan di antara Klasiko FC dan Axis-O2 menceritakan betapa pentingnya buat satu pasukan untuk memiliki penjaga gol yang cekap dan mampu fokus sepanjang perlawanan.

Jaringan dari kedua-dua pasukan rata-rata menimbulkan tanda tanya kepada kemampuan penjaga gol bagi kedua-dua pasukan.

Perlawanan di dalam kumpulan B hari ini berakhir dengan keputusan 2-2 apabila pemain sayap kiri Klasiko, Asrul Helmi berjaya menjaringkan gol penyamaan pada saat-saat akhir perlawanan.

Klasiko, di bawah pimpinan Khairil Anuar, pengurus pasukan berjaya mendapat gol yang pertama. Gol pertama hadir apabila Klasiko berjaya memenangi sepakan percuma tidak jauh dari kotak penalti.

Penjaga gol Axis-O2, Mohd Fahmi tidak berjaya menepis cubaan Klasiko dengan kemas dan Asrul Helmi pantas menyambar bola untuk mendapatkan gol pertama.

Axis-O2 bermain dengan cukup baik menentang Klasiko dengan memberi tekanan yang tinggi kepada pemain-pemain Klasiko apabila Klasiko memiliki boleh.

Dengan memberi tekanan yang tinggi kepada Klasiko, Axis-O2 berjaya mematahkan banyak serangan dan corak permainan Klasiko.

Antara pemain Axis-O2 yang menyerlah pada malam tadi adalah Lucky Ogy (baju gelap, gambar bawah), pemain bek kanan mereka. Di samping bermain dengan kemas apabila bertahan, Lucky banyak membuat larian apabila menyerang dan membuat hantaran ke dalam kotak penalti.

Pada minit ke-21, akhirnya Axis-O2 berjaya menyamakan kedudukan jaringan dari Muhd Adli, hasil hantaran yang cukup baik dari Lucky. Axis-O2 cuba mencari gol kedua dengan beberapa cubaan dari luar kotak dan dari tendangan sudut. Separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-1.

Pada separuh masa kedua pula, Axis-O2 masih berjaya mengawal permainan dan berjaya membuat beberapa cubaan.

Klasiko turut berjaya mengukir beberapa cubaan. Asrul Helmi sekali lagi membuat rembatan kencang kea rah gol namun terkena palang. Malang sekali, Axis-O2 menggunakan peluang itu untuk membuat serangan balas.

Bola dihantar ke Mba Ikechukwu yang tidak dijaga oleh mana-mana pemain pertahanan Klasiko. Peluang keemasan buat Mba Ikechukwu 1 vs 1 menentang penjaga gol Klasiko disempurnakan dengan mudah oleh Mba Ikechukwu.

Beliau menggelecek penjaga gol mereka dan merembat kearah gol kosong. Axis-O2 mendahului 2-1.

Setelah mendapat jaringan kedua mereka, tempo permainan Axis-O2 jatuh sedikit, seolah-olah sudah selesa dengan jaringan 2-1.

Klasiko cuba mengasak Axis-O2 dan berjaya mengawal perlawanan dalam tempoh masa yang agak panjang. O2 kelihatan penat dan tidak berjaya mematahkan serangan Klasiko pada 10 minit terakhir.

Akhirnya, sekali lagi Asrul Helmi menjadi penyelamat buat Klasiko apabila cubaan beliau pada mnit ke-72 entah bagaimana tidak berjaya ditepis oleh penjaga gol Axis-O2.

Pemain terbaik perlawanan: Lucky Ogy (Axis-O2)

Statistik perlawanan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN