Asraruddin Putra Omar Belum Bersara, Mahu Kembali Beraksi Di Liga Super

Asraruddin Putra Omar

Ingat lagi tak beliau?

Bekas pemain pertahanan negara, Asraruddin Putra Omar menegaskan yang beliau belum lagi menggantung kasut bola sepaknya.

Sebaliknya beliau masih lagi aktif beraksi di peringkat bawahan sambil berkira-kira bilakah hendak kembali ke saingan bola sepak tertinggi negara.

“Saya masih aktif, saya masih lagi bermain di Liga Selangor,” kata Asraruddin dalam temubual bersama Astro Arena.

Asraruddin yang juga merupakan mantan ketua pasukan Selangor berkata dirinya terbuka untuk menerima tawaran beraksi di Liga Super Malaysia tetapi bergantung kepada pertimbangan jurulatih.

“Saya ada beberapa rakan yang boleh membantu saya untuk kembali beraksi di saingan Liga Super, tetapi saya perlu kekal cergas.”

“Semuanya juga terpulang kepada jurulatih tersebut, jika dia mahu penglibatan saya dalam pasukan apa salahnya kerana saya masih lagi aktif.”

Asraruddin pada tahun lalu pernah menjalani latihan bersama-sama Selangor di FAS Training Center untuk memastikan dirinya masih lagi dalam keadaan terbaik untuk beraksi.

Beliau yang sebelum ini pernah menyertai Johor Darul Ta’zim tiba-tiba saja ‘hilang’ dari kancah bola sepak negara selepas mengharungi karier yang gemilang sebelum itu.

P. Maniam Nafi Bawa Semula Asraruddin Putra Omar Sertai Selangor

Sebelum kehilangannya itu, Asraruddin pernah beraksi bersama-sama skuad kebangsaan sambil pernah diterima untuk menghadiri sesi percubaan (trial) dengan kelab Belanda – PSV Eindhoven.

Asraruddin dilaporkan mengalami kecederaan serius yang membuatkan dirinya ‘berehat’ sebentar daripada beraksi di peringkat tertinggi bola sepak.

Ketika tempoh itu, beliau dikhabarkan mengusahakan sebuah kedai gunting rambut di Puncak Alam.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply