Siapakah Pemain Etnik Asia Selatan Pernah Beraksi di Liga Perdana Inggeris?

Penghijrahan etnik Asia Selatan ke Britain telah mempunyai kesan dalam masyarakat di negara itu. Kesan itu dapat dilihat ketara apabila penduduk London telah melantik Sadiq Khan sebagai Datuk Bandar mereka beberapa tahun lalu.

Tetapi tahukah anda ada beberapa orang pemain bola sepak di England yang mempunyai pertalian darah dengan negara di rantau tersebut? Ramai sudah pasti akan menyebut nama Zesh Rehman atau Michael Chopra sebagai pemain paling dikenali.

Neil Taylor

Pertahanan Aston Villa ini sebenarnya ada hubungan terus dengan negara asal ibunya, India. Neil pernah ke kampung halaman di Kolkata, India semasa kecil. Malah, Neil pernah ke Delhi untuk menziarahi saudara mara terdekatnya.

Disebabkan Neil lahir di Wales dan bapanya berasal dari negara itu, beliau dipanggil mewakili negara tersebut untuk perlawanan antarabangsa.

Pada 2015, Neil pernah menerima anugerah British Asian Football Award. Pada ketika itu, beliau masih menjadi pemain Swansea City sebelum berhijrah ke Aston Villa sewaktu 2017.

Hamza Choudhury

Hamza Choudhury (kiri)(Photo by Henry Browne/Getty Images)

Pemain Leicester ini dilahirkan di England hasil perkahwinan antara lelaki dari Grenada dengan wanita Bangladesh. Tetapi, Hamza jarang diturunkan di Leicester.

Disebabkan itu, The Foxes membenarkan beliau dipinjamkan Burton Albion selama beberapa musim. Aksi Hamza bersama Burton pada sebelum ini amat baik menyebabkan The Foxes sering menurunkan beliau dalam perlawanan setelah tempoh pinjaman itu tamat.

Danny Batth

Danny Batth (Photo by David Rogers/Getty Images)

Pertahanan Wolverhampton yang kini dipinjamkan Middlesbrough ini berpotensi dipanggil oleh India untuk aksi antarabangsa. Danny diberitakan berminat untuk mewakili negara tersebut pada masa hadapan.

Namun begitu, beliau dikatakan mempunyai masalah berkaitan perundangan yang menyebabkan hasrat itu terpaksa dilupakan. Danny layak mewakili India kerana bapanya lahir di sana.

Tahun lalu, beliau ke negara kelahiran bapanya untuk menyertai program kebajikan berkaitan bola sepak di sana.

Penutup

Mungkinkah suatu hari nanti kita akan lihat pemain dari etnik Asia Tenggara akan bermain di liga Inggeris. Cuma, adakah mereka sudi untuk beraksi negara yang mereka sebenarnya layak.

Atau menunggu panggilan bermain pasukan kebangsaan di Eropah yang boleh diumpamakan menunggu buah yang tak gugur?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram