Ashley Cole Terbayang Dirinya Pada Kieran Tierney?

kieran-tierney-arsenal-2019-20-ashley-cole

Bekas bek kiri Arsenal, Ashley Cole berkata yang aksi Kieran Tierney ketika ini sangat mengagumkannya dan sudah agak lama The Gunners kehilangan bek kiri berkualiti.

Selepas berakhirnya era Ashley Cole, Arsenal tercari-cari bek kiri berkualiti dan mungkin kehadiran bekas pemain Celtic ini telah menyelesaikan pencarian tersebut. Tierney menyertai Arsenal pada awal musim 2019/20 yang lalu dengan nilai £25 juta.

Antara yang terbaik di Arsenal

Bleacher Report menyenaraikan Ashley Cole antara pemain terbaik Arsenal dan merupakan bek kiri yang memiliki gaya serangan dan bertahan yang sangat baik. Lapan musimnya bersama The Gunners dipenuhi dengan kejuaraan buatnya.

Paling akan dikenang adalah apabila Arsenal merekodkan satu musim tanpa sebarang kekalahan iaitu pada musim 2003/04 dan digelar ‘The Invisible’ ketika itu. Mereka merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya melakukannya setakat ini.

Selepas itu, pemain asal England ini berhijrah ke Chelsea pada musim 2006/07 dan menjadi tonggak pertahanan di sana selama lapan musim sebelum berkelana pula ke Serie A bersama Roma semusim, LA Galaxy dan terakhir di Derby County.

Bersama Arsenal, Ashley Cole telah membantu mereka memenangi beberapa kejuaraan iaitu dua kejuaraan Premier League (2001/02, 2003/04), tiga trofi Piala FA (2001/02, 2002/03 dan 2004/05) selain Piala Sumbangsih 2002 dan 2004.

Kieran Tierney sangat berkualiti

“Saya rasa dia memiliki permainan berkualiti. Dia mampu membantu penyerang dan juga membantu jentera serangan dengan sangat baik, memiliki hantaran yang berkualiti serta mampu bertahan dalam situasi satu lawan satu dengan baik.

“Saya rasa dia sangat berkesan. Dia datang ke Arsenal dengan harapan menggunung selepas aksi yang cemerlang di Celtic, namun ianya diganggu dengan isu kecederaan.,” jelas Ashley Cole mengenai bintang muda asal Scotland itu kepada Sky Sport.

Kieran Tierney terlepas aksi di permulaan musim lalu selepas melalui pembedahan disebabkan kecederaan pada Mei 2019. Namun, ketika ini, terutamanya selepas ‘restart’ dan perubahan formasi taktikal Arsenal, persembahannya dilihat memukau.

“Dia tiada ketika permulaan musim. Ketika ini dia sudah kembali mendapat kecergasannya dan bagi saya beliau merupakan tonggak pertahanan Arsenal ketika ini – sama ada ketika menjadi bek bertiga atau bek sayap,” ujar Ashley Cole.

Telah menyesuaikan diri

Tierney sendiri mengakui yang beliau sudah mula menyesuaikan diri bersama Arsenal sejak ‘rehat’ panjang akibat pandemik yang melanda dunia ketika ini. Pemain berusia 23 tahun itu telah tampil sebanyak sembilan kali dalam kesebelasan utama.

“Saya merasakan yang ‘rehat’ yang kita telah lalui telah membantu saya menyesuaikan diri termasuklah dengan kehidupan di London. Saya rasa saya sudah sesuaikan diri,” tegasnya yang memiliki lapan kejuaraan ketika menyarung jersi Celtic.

Tierney membuktikan yang beliau merupakan senjata penting buat Mikel Arteta sejak pulih dan versatiliti yang dimilikinya membuatkan pengurus tersebut menyatakan yang pertahanan tersebut antara perkara positifnya sejak bersama The Gunners.

Aksi memukau Tierney ketika mereka membenam cabaran Sheffield United 2-1 di saingan Piala FA baru-baru ini mendapat pujian pengendalinya itu dan mengakui yang Tierney adalah pemain yang sangat beliau sukai sejak liga kembali bersambung.

Penutup

Perubahan sistem permainan Arsenal kepada 3-4-3 selepas kekalahan kepada Man City telah menaikkan nama Tierney sebagai bek sayap yang sangat cemerlang.

Adakah Arsenal sudah memiliki bek kiri terbaik selepas Ashley Cole? Dengan pujian daripada bekas pemain Arsenal itu sendiri, mungkin Tierney akan melalui kariernya di Emirates dengan gemilang

KREDIT FEATURED IMAGE: GETTY IMAGES

Baca lagi mengenai Ashley Cole dan Kieran Tierney:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN