ASFC 2019: Skuad B-18 Malaysia Kecewakan Indonesia Di Balik Papan

Skuad Bawah-18 tahun negara mengecewakan pasukan Bawah-18 tahun Indonesia di perlawanan separuh akhir Asian School Football U-18 Championship (ASFC 2019) pada malam tadi.

Dalam perlawanan tersebut, Malaysia menewaskan Indonesia 5-3 melalui pentuan sepakan penalti, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa sebenar.

Perlawanan yang diadakan di Stadium Batakan, Balikpapan itu dihadirin oleh tidak kurang 40,000 penyokong pasukan lawan – atmosfera luar biasa untuk sebuah pertandingan peringkat sekolah.

Tahniah MALAYSIA!
Pasukan Malaysia Bawah 18 melangkah ke Perlawanan Akhir bertemu Thailand.

Perlawanan Akhir
Malaysia vs Thailand
23 November 2019

Posted by Kementerian Pendidikan Malaysia on Friday, November 22, 2019

Perlawanan terpaksa ditangguhkan selama 40 minit selepas bas yang membawa pasukan negara tersekat di kesesakan lalu lintas menuju ke stadium, dan juga isu keselamatan.

Indonesia terlebih dahulu memperolehi gol pendahuluan dalam perlawanan ini, sebelum pasukan negara berjaya mengikat kedudukan.

Perlawanan turut terpaksa kerap dihentikan oleh pengadil perlawanan selepas lemparan objek oleh penyokong Indonesia.

Semangat melawan pasukan muda negara yang diwakili rata-rata dari kalangan pemain Bawah-16 tahun Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari itu wajar dipuji dalam perlawanan ini.

Selain dariapada berhadapan dengan karenah penyokong lawan, barisan pemain berjaya mengekang pasukan lawan walaupun beraksi dengan 10 pemain – selepas salah seorang pemain menerima layangan kad merah.

Pasukan negara dilaporkan terpaksa menunggu selama satu jam sebelum dibenarkan meninggalkan stadium akibat kekecohan yang berlaku selepas perlawanan.

Malaysia akan berhadapan dengan Thailand di perlawanan akhir kejohanan ini yang dijadualkan pada hari ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN