AS Roma Kini Sertai Arsenal Dalam Usaha Dapatkan Riyad Mahrez

AS Roma dalam usaha untuk mendapatkan pemain Leicester City – Riyad Mahrez.

Pemain yang sering dikaitkan dengan pasukan Arsenal ini merupakan pilihan AS Roma dalam usaha untuk memperkuatkan barisan serangan mereka.

Walaupun dikaitkan dengan perpindahan itu, pihak Leicester City memaklumkan mereka tidak menerima sebarang bidaan dari mana-mana pasukan setakat ini.

Namun begitu pengurus Craig Shakespeare memberitahu andai terdapat sebarang bidaan dari mana-mana pasukan ia akan dipanjangkan dan dibincangkan kepada pihak atasan kelab.

“Kami akan pertimbangkan setiap tawaran yang kami terima.”

“Tapi buat masa ini, tak perlu untuk difikirkan mengenai perkara ini. Kerana tiada lagi bidaan dilakukan oleh mana-mana pasukan.”

Mahrez telah menghantar permohonan untuk berpindah dari Leicester City pada bulan Mei.

Walaupun hatinya mungkin sudah jauh dari Leicester, namun Shakespeare mengharap Mahrez akan terus kekal profesional selagi bersama Leicester City.

“Kami sedar apa yang dirasakannya, tetapi selagi beliau merupakan pemain kami beliau perlu terus profesional dan hormati kontrak di sini.”

“Kami bersikap profesional dengan beliau dan kami harap beliau lakukan yang sama terhadap kami juga.”

Sumber:

  1. Sky Sports (2017): Roma want to sign Riyad Mahrez from Leicester; http://www.skysports.com/football/news/11712/10946542/roma-want-to-sign-riyad-mahrez-from-leicester
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram