AS Roma: Raja Permin FC Adalah Kelab Komuniti Kegemaran Kami

Peminat bola sepak Twitter pastinya sudah maklum bahawa akaun rasmi AS Roma merupakan salah satu akaun Twitter rasmi yang wajib diikuti. Tak kiralah jika anda menonton bola sepak Itali atau tidak.

Kelakar, mencuit hati dan santai – akaun Twitter rasmi AS Roma juga terkenal kerana sering bertukar-tukar pendapat dengan akaun Twitter rasmi dari kelab-kelab lain seperti Bayer Leverkusen, Manchester United, Bayern Munich…

…dan tak lupa juga dengan akaun Twitter peminat bola sepak lain.

Maka tak hairanlah kadar engagement akaun Twitter merupakan yang tertinggi dalam kalangan kelab-kelab Serie A dan antara tertinggi di dunia!

Bercakap mengenai engagement AS Roma dengan komuniti bola sepak di Twitter, semalam mereka melakukan perkara sama ketika Twitter bertanya soalan ‘Siapakah cinta monyet anda di Twitter?’

Apa yang menariknya, AS Roma memberi jawapan yang mengejutkan 324,000 followers mereka.

Menurut AS Roma, kelab kegemaran mereka di Twitter adalah Raja Permin FC – sebuah kelab komuniti di Terengganu yang kini bersaing dalam sebuah liga M5, Terengganu Amateur League.

Raja Permin FC ditubuhkan di Chendering, Kuala Terengganu pada tahun 1995. Penubuhan Kelab ini diasaskan oleh cetusan idea Allahyarham Syed Mustaffa bin Tuan Kuning dengan mengabungkan pemain-pemain dari Kampung Raja ( Raja Chendering, Raja Baram dan Rajawali ) dan pemain – pemain dari Taman Permin Jaya.

‘Crush’ AS Roma terhadap Raja Permin FC bermula pada 8 Oktober 2018 apabila mereka ‘mengikuti’ akaun Twitter rasmi Raja Permin FC.

https://twitter.com/RajaPerminFC/status/1049339884404498433

Malah deklarasi crush AS Roma ini turut membuatkan akaun Twitter rasmi Raja Permin mendapat tambahan followers baru dari serata dunia.

Tahniah Raja Permin FC!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram