AS Monaco 0 PSG 4: Thierry Henry Terus Gagal Catat Kemenangan

Thierry Henry terus gagal untuk merasai sebarang kemenangan bersama AS Monaco selepas 6 perlawanan yang beliau kendalikan.

Dalam perlawanan menentang PSG pada awal pagi tadi waktu Malaysia – AS Monaco jelas sekali seperti dibuli oleh PSG. Monco beraksi dengan aksi tidak bermaya dan sangat rapuh setiap kali diserang.

Edinson Cavani meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-4. Pengadil meminta bantuan VAR untuk mengesahkan gol itu – dan ianya diberikan.

Pada minit ke-11 sekali lagi pengadil meminta bantuan VAR untuk menentukan gol Cavani yang dikhuatiri ofsaid. Dan pengadil memberikan gol ke-2 kepada PSG serta Cavani.

Bersambung pada babak ke-2, PSG menambah 2 lagi gol menerusi Cavani dan Neymar menerusi sepakan penalti. Cavani melakukan hatrik dalam perlawanan ini. Sementara 2 gol oleh Draxler dan Mbappe dibatalkan oleh VAR kerana ofsaid.

Ini merupakan kekalahan ke-4 Henry bersama Monaco selepas 6 perlawanan – sejak hari pertama beliau menggantikan Leonardo Jardim pada bulan lepas.

Di media sosial para peminat Monaco mulai mempersoalkan perlantikan Henry. AS Monaco masih lagi berada di zon penyingkiran – di tangga ke-19 berkongsi mata dengan Guingamp yang berada di tangga ke-20 dengan 7 mata.

Monaco melakukan beberapa percubaan ke arah gol tetapi kualiti percubaan itu menghampakan. Mereka juga kelihatan bergelut dengan permainan berpasukan. Thierry Henry sebelum ini menyatakan motivasi dan fokus pemain Monaco agak rendah ketika ini.

Mereka memerlukan 1 kemenangan untuk menaikkans semangat mereka walaupun sedikit.

PSG berada dalam prestasi terbaik mereka dengan trio serangan yang berada dalam kondisi terbaik. PSG kini meneruskan permulaan sempurna dengan memenangi kesemua 13 perlawanan setakat ini. Mereka sudah menjaringkan 45 gol ketika ini. Satu angka yang sangat besar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN