Arthur: Impian Jadi Nyata Dapat Bergandingan Dengan Cristiano Ronaldo

Arthur

Pemain tengah Juventus, Arthur mengakui dapat bersama dalam satu pasukan dan bergandingan dengan bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo adalah bagai mimpi yang menjadi kenyataan buatnya.

Pemain kelahiran Brazil itu berhijrah ke skuad gergasi Itali tersebut sebagai sebahagian daripada pertukaran Barcelon yang mendapatkan khidmat Miralem Pjanic pada 29 Jun lalu.

Langkah baharu dalam kariernya itu juga memberikan makna yang cukup besar selepas sebelum ini beliau berpeluang bergandingan bersama seorang lagi legenda dunia, Lionel Messi selama dua musim.

Selain itu, Arthur turut mengintai peluang untuk memberikan fokus dalam membantu Juventus meraih trofi Liga Juara-Juara Eropah yang kali terakhir dimenangi pada musim 1995/96.

”Saya menikmati sesuatu yang istimewa apabila dapat beraksi bersama pemain hebat. Bermain bersama Ronaldo semakin hampir untuk merealisasikan impian ini,” ujar Arthur menurut laporan Goal selepas beliau diperkenalkan sebagai rekrut baharu oleh Juventus.

”Hari ini merupakan detik yang sangat penting buat saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih buat keluarga, pengurus, Fabio [Paratici, Ketua Pegawai Bola Sepak Juventus] dan semua orang yang mengalu-alukan kedatangan saya.”

”Salah satu daripada sebab mengapa saya menyertai pasukan adalah kerana ini [Liga Juara-Juara Eropah]. Saya disini untuk bermain bersama pemain-pemain penting dan projek Juventus yang begitu bercita-cita besar.”

”Liga Juara-Juara Eropah menjadi keutamaan. Saya akan bekerjasama dengan rakan sepasukan untuk mencapai sasaran tersebut dan banyak lagi [sasaran] yang lain.”

”Kita bercakap tentang Juventus, sebuah kelab dengan sejarah yang cukup unik. Ini merupakan sebuah pasukan dengan struktur yang penting, semua faktor ini akan sentiasa membuatkan ianya unik,” tambah Arthur lagi.

Kredit featured image: Facebook rasmi Juventus

Baca artikel lain dari kami mengenai Cristiano Ronaldo:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN